Saturday, 4 April 2015

Berita Gempar Hari Ini


Berita Gempar Hari Ini. Ketua Inspektor Azilah Hadri, salah seorang daripada 2 bekas komando polis yang dihukum mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan memohon semakan semula terhadap keputusan bersalah Mahkamah Persekutuan.

Peguam Azilah, Datuk Hazman Ahmad berkata permohonan itu sedang dimuktamadkan dan akan difailkan tidak lama lagi, tetapi tiada tarikh akhir ditetapkan.

"Ada beberapa alasan yang sah untuk mengkaji semula keputusan yang dibuat panel 5 hakim itu," katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika Azilah memohon kepada Lembaga Pengampunan untuk menukar hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.

Beliau tidak mengulas lanjut alasan permohonan semakan Azilah. Bekas anggota polis itu kini sedang menunggu hukuman mati.

Hazman berkata permohonan semakan perlu dilupuskan sebelum sebarang representasi dibuat kepada Lembaga Pengampunan.

Permohonan semakan dibuat di bawah Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan berdasarkan alasan ketidakadilan prosedur, dengan pemohon meminta penghakiman bersalah itu diketepikan dan panel hakim baru ditubuhkan bagi mendengar semula rayuan.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari, 2015 mengekalkan semula sabitan ke atas Azilah dan Sirul Azhar Umar kerana membunuh wanita berusia 28 tahun itu, pada tahun 2006.

Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ketika keputusan itu disampaikan dan laporan berita berikutnya mengesahkan beliau berlepas ke Australia pada Oktober lalu.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas berusia 43 tahun itu ditangkap di Brisbane dan ditahan di pusat tahanan imigresen di sana.

Berita Gempar Hari Ini

Bagaimanapun, beliau kemudiannya dilaporkan dilepaskan pihak berkuasa imigresen Australia tetapi pasportnya ditahan.

Sirul juga mengugut untuk mendedahkan semuanya tentang kes pembunuhan berprofil tinggi itu kepada media Australia, dengan mendakwa yang beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya.

Menurut laporan media, Sirul tidak akan dihantar pulang ke Malaysia kerana Canberra melarang penghantaran pulang suspek yang menghadapi hukuman mati.

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul ditangguhkan kerana ia melibatkan "isu undang-undang yang rumit".

Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin juga mendedahkan Pejabat Peguam Negara masih belum memulakan permintaan ekstradisi dengan Canberra, walaupun anak guamnya ditangkap pada 22 Januari.

Katanya, jika permintaan ekstradisi difailkan, permohonan perlu dibuat untuk Sirul hadir di hadapan seorang majistret di Australia.

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan, Altantuya dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 pada 18 Oktober 2006, di pinggir Shah Alam, dekat Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri.

Kerajaan tidak merayu pembebasannya.

Walaupun terdapat sabitan, motif untuk membunuh Altantuya tidak pernah didedahkan.




Iklan B (ii)











4 comments:

  1. Inilah orang MELAYU yang lebih kecohkan pasal ALTANTUYA. Hingga tidak sedar bangsa sendiri dah hampir nak pupus di negara sendiri. Cuba tengok orang CINA, ada dia orang kisah pasal ALTANTUYA. Orang CINA hanya kisah pasal nak jadi kaya dan nak rebut kuasa. Kalau orang MELAYU hilang kuasa nanti jangan salahkan orang lain , salahkan bangsa sendiri yang mudah sangat percaya di sogokkan dengan cerita sebegini. Sedih rasanya bila orang MELAYU sibuk pertahankan ALTANTUYA dari pertahankan bangsa sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello kawan.....rakyat kecuh pasal Altantuya kerana percaya orang yang mengarahkan pembunuhan adalah berprofail tinggi. Jika Minaci A/P Muniandi yang bekerja menyapu longkang sekalipun yang dibunuh, rakyat tetap akan kecuh. Hanya rakyat yang tergila-gilakan pemimpin dan bini pemboros no1 sahaja yang tidak suka kecuh-kecuh.

      Ini alah kerana Rakyat mahukan sistem judiciary di negara ini yang berfungsi secara telus serta berupaya menegakkan keadilan. Adilkah jika orang yang mengarahkan pembunuhan terlepas bebas sedangkan orang yang menurut perintah saja yang dikenakan hukuman? Ekau ni faham tak apo yang den cakap ni....

      Melayu tak akan jadi BANGSAT kerana menegakkan undang-undang yang memberi keadilan segagat. Barangkalai Melayu bodoh macam awak saja yang akan mundur dan ketinggalan kerana tidak mahu mencari kebenaran. Melayu jenis ini tidak mampu berdaya saing kerana mudah diperbodohkan oleh pemimpin yang tidak pandai mengurus tadbir negara serta korup.

      Delete
    2. Asrul Sani - setuju benar dengan komen anda, kita tidak boleh menerima mana mana pemimpin apatah lagi yang berada diperingkat tertinggi yang tidak bermoral dan ianya tidak ada kena mengena dengan soal sesuatu bangsa !

      Delete
  2. I totally agree with everything that u said asrul sani. Patut la Malaysia semakin jahanam sebab wujud lagi manusia mcm kawan kita kat atas tu. Dhla xnk mencari kebenaran, siap menafikan lagi. Ape nk jadiiiiiiiiii.... Sedih.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...