Saturday, 11 April 2015

Berita Gembira Dari Selangor


Berita Gembira Dari Selangor. Mahkamah Syariah Selangor kini memperoleh kuasa menyemak keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri melalui pindaan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003, menurut Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor itu berkata, bidang kuasa mahkamah tinggi itu juga terpakai kepada bahagian pentadbiran negeri lain melibatkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Pendidikan Islam.

Pindaan itu memperuntukkan: "Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran dan mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah Enakmen ini."

Berita Gembira Dari Selangor

Sebelum ini katanya, mahkamah syariah tiada kuasa untuk menyemak fatwa kerana kes hanya boleh dibawa ke mahkamah sivil.

"Pindaan ini dibuat demi kepentingan institusi kehakiman syariah terutama kes yang melibatkan hal ehwal agama Islam yang di bawah bidang kuasa negeri," katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, rang undang-undang itu diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan diwartakan sebagai enakmen Pindaan 2015.

Adun Sijangkang itu berkata, usaha itu dibuat selepas meneliti keperluan dan mendapat persetujuan daripada badan agama negeri sejak tahun lalu.

Katanya, DUN turut meluluskan 18 pindaan lain dalam enakmen itu, antaranya menggantikan tafsiran "wakaf am" kepada "wakaf khas", pelantikan ketua hakim syarie, dan ketua pendaftar mahkamah syariah.



Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...