Friday, 17 April 2015

Berita Dari Rompin Yang Menggemparkan Kem BN


Berita Dari Rompin Yang Menggemparkan Kem BN. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman tidak menolak kemungkinan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin sekiranya pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memilih calon selain Datuk Hasan Arifin, lapor sinar Harian.

Pengerusi Ketua-ketua Kampung DUN Tioman Mohd Zaker Awang berkata barisan kepimpinan BN perlu meletakkan Hasan yang juga pemangku ketua Umno Rompin pada PRK yang akan berlangsung 5 Mei depan kerana beliau calon terbaik, berpengalaman dalam politik serta mudah didekati masyarakat.

"Andai kata nama calon yang diumumkan itu selain Datuk Hasan, kami akan menolak sekeras-kerasnya dan tidak mustahil memboikot PRK Parlimen Rompin nanti," katanya dipetik daripada Sinar Harian.

Zaker berkata, peribadi Hasan yang disenangi penduduk tempatan akan mendorong parti pembangkang turut memberi sokongan kepada calon BN itu.

Berita Dari Rompin Yang Menggemparkan Kem BN

"Berdasarkan pengamatan kami, masyarakat di daerah ini menyukai Datuk Hasan kerana beliau mudah didekati selain ramah dengan masyarakat.

"Tidak mustahil pemimpin parti pembangkang pun akan memberi sokongan kepadanya," katanya.

Selain itu, Zaker berkata beliau berharap peranan ketua kampung tidak dipandang rendah dalam menghadapi PRK Parlimen Rompin kerana mereka berperanan dan ada tanggungjawab besar mempengaruhi pengundi.

Sehubungan itu, katanya, pucuk pimpinan perlu mempertimbangkan sebaik mungkin calon yang di cadangkan JKKK kerana mereka lebih mengetahui kehendak penduduk tempatan.

"Kebanyakan pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) juga terdiri daripada ketua-ketua kampung yang secara tidak langsung akan mendekati masyarakat dan pada masa sama mampu mempengaruhi mereka untuk mengundi calon bertanding dalam PRK Rompin nanti,” katanya.



Iklan B (ii)













2 comments:

  1. Calon BN-GST KE? MANA-MANA RAKYAT YG SUKA DGN GST BOLEH UNDI BN-GST

    ReplyDelete
  2. BN Menang Rakyat senang. GST? Ahmad Maslan cakap dengan GST harga barang turun. GST hanya untuk orang kaya je.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...