Friday, 24 April 2015

Berita Ini Menggemparkan Ahli Umno


Belasahan Terbaru Mahathir Terhadap Najib. Hutang firma 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM42 bilion kini "hilang" dan ketidakmampuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib menerangkan perkara itu membuatkan beliau tidak layak menerajui negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menulis lagi di blognya dalam usaha menyeru Najib meletak jawatan, bekas perdana menteri itu juga membayangkan wujud unsur rasuah dan kecurian dalam dana 1MDB, mengatakan duit yang hilang itu "tidak sama dengan kerugian yang dialami".

"Kerajaan mungkin rugi duit melalui pelaburan yang tidak menjadi. Kita akan tahu di mana wang itu hilang.

Belasahan Terbaru Mahathir Terhadap Najib

Tetapi, apabila sejumlah besar wang yang hilang, mereka yang diamanahkan menguruskannya mesti bertanggungjawab atas kehilangan itu."Kehilangan ini ialah mengenai wang yang tidak lagi dapat dikesan. 

Ini boleh jadi kerana rasuah atau kecurian," tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc hari ini.

Iklan B (ii)













1 comment:

  1. Tak perlu cari lah uang yang hilang......altantuya nya rekod yang hilang pun tak tahu kat mana nak cari.....belum lagi gambar2 alatantuya yang dah d serahkan ker consulate malaysia d mongolia......haizzzz.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...