Sunday, 26 April 2015

Adun Hulu Klang Buat Onar Lagi?


Adun Hulu Klang Buat Onar Lagi? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib menyarankan Pakatan Rakyat (PR) menyingkirkan PAS sekiranya suara akar umbi gabungan tersebut mahukan sedemikian.

Menurut pemimpin PAS yang digantung itu, suara akar umbi dapat diketahui dengan membuat tinjauan menggunakan badan bebas untuk mengkaji situasi dalaman dan mampukah PR menang dalam pilihan raya akan datang.

"Untuk pastikan ia betul atau tidak (suara akar umbi) PR perlu membuat kajian secara menyeluruh melalui badan- badan bebas seperti Merdeka Center atau sebagainya.

"Kalau keputusan kata PAS elok keluar daripada PR maka hendaklah dibuang daripada PR dan satu keputusan tegas perlu dibuat Pakatan," katanya semasa berucap di konvensyen PasMa peringkat Selangor di Shah Alam hari ini.

Saari yang digantung kerana tindakannya yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa kemelut menteri besar Selangor berkata, kewajaran saranannya itu memandangkan wujudnya suara-suara yang tidak puas hati mengenai tindakan PAS akhir-akhir ini yang sering kali membelakangkan PR.

Adun Hulu Klang Buat Onar Lagi? 

Beliau berkata, sebelum ini wujud begitu ramai pihak yang tidak puas hati dengan tindakan PAS tetapi tidak menyampaikannya secara terus.

"Sebelum ini ramai yang cakap berlapik- lapik tak berterus terang. Jadi untuk mengelakkan situasi ini berterusan maka lebih elok adanya satu badan yang secara objektif tanpa adanya emosi untuk mengkaji perkara ini.

"Iaitu adakah situasi ini membolehkan PR bergerak ke pilihan raya akan datang dengan kekuatan sedia ada.

"Kerana itu cadangan saya bagi suara yang tidak puas hati kepada pengundi untuk memberitahu sampai bila nak percaya lagi orang yang dah khianat?" katanya yang tidak menamakan pemimpin PAS yang didakwa mengkhianati pengundi.

Dalam ucapannya di konvensyen PasMa Shaari turut mendedahkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh dan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin diberi amaran akar umbi DAP tidak akan menyokong mereka sekiranya terus bersama PAS.

Apabila ditanya bagaimana dengan statusnya bersama PAS Saari berkata: "Dijangka pada Oktober ini tetapi saya tidak tahulah nasib saya mungkin bergantung bagaimana laporan berita ini keluar," katanya.



Iklan B (ii)













2 comments:

  1. Kenyataan jujur supaya Pas keluar PR. Sampai bila nak khianat rakan, pentingkan diri sendiri dan tidak bijak berpolitik. PR tak perlukan rakan yang khianat.

    ReplyDelete
  2. Dgn Ikhlas saya setuju dgn YB Saari ini. .kerana bnyk perangai TGHA dan geng UG nya xpandai hormatkan kwn2 PR yg lain.. lebih mesra dgn Um no..umpama musuh dlm reban...jika dikuarkan..Pasma boleh gantikan tempatnya. .professional Pas join juga..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...