Sunday, 29 March 2015

Wajah Sebenar Umno BN Terserlah Malam Tadi.. Saksikanlah


Wajah Sebenar Umno BN Terserlah Malam Tadi. Polis mula menangkap pemimpin pembangkang malam ini menjelang perhimpunan mega #KitaLawan yang dirancang petang esok, hari yang sama perdana menteri akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan anak perempuannya di Kuala Lumpur.

Polis mula menangkap setiausaha agung PKR Rafizi Ramli petang tadi, diikuti naib presiden PKR Tian Chua dan aktivis Hishamuddin Rais malam ini.

Rafizi, juga naik presiden PKR dan ahli Parlimen Pandan, ditangkap jam 2.45 petang di pusat perkhidmatan kawasan Pandannya.

Tangkapannya dibuat mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan yang dibuatnya menyeru kehadiran beramai-ramai ke perhimpunan #KitaLawan esok.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, atau nama penuhnya Chua Tian Chang, juga diminta polis menyerah diri di balai polis Dang Wangi malam ini, menurut pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Aktivis politik Hishamuddin, didakwa dilarikan malam ini oleh lelaki berpakaian biasa menggunakan Honda Accord berwarna perak ketika beliau sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka bagi menghadiri ceramah perdana anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang juga merupakan sebahagian agenda #KitaLawan.

Beliau dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di mana ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan Elizabeth Wong bergegas pergi ke sana apabila mendengar mengenai tangkapannya dan Tian Chua.

Hishamuddin memberitahu The Malaysian Insider melalui panggilan ke telefon Wong yang beliau tidak tahu kenapa beliau ditahan dan beliau belum lagi tidak diwakili peguam.

Wajah Sebenar Umno BN Terserlah Malam Tadi

Katanya, beliau sedang menunggu kedatangan pegawai penyiasat untuk menyoalnya.

"Saya juga risau kerana saya tinggal seorang dan tiada siapa hendak memberi makan kucing, anjing dan kura-kura saya," kata aktivis berusia 60an itu.

Katanya, dia 'dilarikan' sebaik selepas turun dari teksi.Tian Chua juga menunggu disoal polis di Dang Wangi.

Perhimpunan esok dirancang bermula di tiga lokasi - Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS - di mana peserta akan bergerak beramai-ramai dan akhirnya berhimpun di depan pusat membeli belah Sogo.

Rafizi, ahli Dewan Undangan Negeri Teja Chang Lih Kang dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa dijadualkan mengetuai perarakan dari Masjid Jamek, sementara Tian Chua, Nurul Nuha Anwar dan Mandeep Singh dari Dataran Merdeka.

Sementara Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan aktivis pelajar Khairol Najib Hashim mengetuai perarakan dari ibu pejabat PAS.

Wajah Sebenar Umno BN Terserlah Malam Tadi

Chang, wakil rakyat PKR, juga ditangkap polis bersama lima yang lain kira-kira jam 12.15 awal pagi ini kerana dikatakan bertindak agresif terhadap penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ketika perhimpunan 'duduk bantah' di Dataran Merdeka.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengisytiharkan perhimpunan esok sebagai haram dan memberi amaran yang semua perhimpunan anjuran #KitaLawan tidak lagi dibenarkan.

Ketika ada laporan mengatakan perhimpunan esok juga bertujuan 'meraikan' perkahwinan anak Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa, PKR menafikan perkara itu mengatakan mereka tidak berniat mengganggu majlis itu yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).


‘Penculikan’ aktivis timbulkan kekecohan di perhimpunan anti-GST 
Kekecohan terjadi malam ini apabila seorang lelaki, yang menurut saksi kelihatan seperti aktivis Hishamuddin Rais, ditolak masuk ke dalam sebuah kereta Honda Accord berwarna perak ketika dia sedang berjalan menuju lokasi ceramah perdana anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dekat Dataran Merdeka malam ini. 
Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata beliau nampak Hishamuddin ditangkap empat lelaki memakai pakaian biasa dan ditolak ke dalam kenderaan itu yang kemudian berlalu pergi dengan laju. 
Insiden itu berlaku di persimpangan jalan di Jalan Raja Laut, bertentangan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur City Hall, dekat Dataran Merdeka di tengah bandaraya. 
"Dia menghubungi saya tiga minit sebelum insiden itu ketika dia dalam perjalanan ke sini. "Saya nampak dia berdiri di lampu isyarat apabila ia terjadi. 
"Kami sudah hubungi pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan dia kini dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi," kata Mandeep. 
Mereka yang berhampiran dan melihat kejadian itu mula menjerit dan mengejar kereta itu tetapi gagal menahannya. 
Salah seorang saksi, yang juga aktivis, Mohd Firdaus Zainal Rashid berkata, mereka yang lain cuba menghalang kejadian itu, tetapi gagal. 
"Lelaki terbabit ada senjata api di pinggang," katanya. 
Seorang lagi saksi, Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin berkata, beliau memandu di sebelah Honda Accord itu ketika kejadian berlaku. 
"Saya nampak beberapa orang lelaki turun dari motorsikal dan berjalan kaki, saya sangkakan ada kemalangan berlaku. 
"Mereka menghampiri seorang lelaki yang berseorang yang nampak macam Hishamuddin, kerana saya rasa saya kenal topi yang dipakainya. 
"Tiba-tiba mereka tangkap dia dan tutup mulutnya, saya boleh lihat dengan jelas itu memang Hishamuddin ketika itu apabila dia mengangkat tangannya cuba melawan tetapi mereka menolaknya masuk ke kereta. 
"Beberapa saat sebelum lampu isyarat bertukar hijau, kereta itu bergerak laju dan tiba-tiba buat pusingan U betul-betul di hadapan kereta saya," katanya yang memberitahu beliau datang dari Taiping, Perak untuk menghadiri ceramah itu. 
Seorang lagi penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Rashid berkata beliau sempat mengambil selipar yang ditinggalkan lelaki yang dilarikan itu. 
"Saya pun kejar sampai ke Bank OCBC, cuba nak hentikan kereta itu. Ramai orang lain kejar juga. Tapi tak sempat," katanya.
Menurut kenyataan awal dikeluarkan Komunikasi PKR, Hishamuddin ditangkap oleh polis. 
"Hishamuddin ditangkap polis di tapak #KitaLawan di Dataran Merdeka. Beliau kini di IPD Dang Wangi," kata PKR. 
Bagaimanapun, menurut satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan Komunikasi PKR sebentar tadi, beliau ditangkap oleh polis. 
"Hishamuddin ditangkap polis di tapak #KitaLawan di Dataran Merdeka. Beliau kini di IPD Dang Wangi," kata PKR.

Sumber

Iklan B (ii)












2 comments:

  1. berbohong .. halal!.... menipu.. halal!...merompak .. halal!...menyamun .. halal!... rasuah ...halal!... berkumpul ramai-ramai .... HARAM..!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Lain kali jangan suka suka gelar PDRM anjing...bila dia bertindak...tahu pula tak cukup tanah nak lari

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...