Friday, 6 March 2015

Wajah Blogger Pro Umno Bakal Muflis Gagal Bayar Ganti Rugi Air Asia Terbongkar?


Wajah Blogger Pro Umno Bakal Muflis Gagal Bayar Ganti Rugi Air Asia Terbongkar? Blogger pro-Umno Salahuddin Hisham mungkin diisytihar muflis jika gagal membayar ganti rugi kepada syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd, yang memperolehi penghakiman terhadapnya dalam satu kes saman fitnah.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, ia meneruskan tindakan memfailkan prosiding kebankrapan terhadap Salahuddin kerana gagal membayar RM5 juta bagi ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur September lalu memberikan jumlah tersebut kepada AirAsia selepas Salahuddin didapati bersalah atas tindakannya.

AirAsia juga memperoleh injunksi terhadap penulis blog itu supaya tidak mengulangi perkataan fitnah tersebut.

Bagaimanapun, butiran saman tersebut masih belum diperolehi.

Wajah Blogger Pro Umno Bakal Muflis Gagal Bayar Ganti Rugi Air Asia Terbongkar?

Pada awal Januari, seorang lagi blogger Amizudin Ahmat, diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana tindakan menghina melalui penerbitan artikel berunsur fitnah terhadap bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Amizudin, 44, dipenjara kerana gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu, yang mendapatinya bersalah melakukan penghinaan.

Rais pada 2011 memperoleh perintah injunksi terhadap penerbitan artikel di blog Amizudin tetapi ia tidak dipatuhi.

Mahkamah Tinggi pada 2012 memutuskan Amizudin bersalah menghina mahkamah kerana melanggar perintah tersebut.

Sumber









Iklan B (ii)












1 comment:

  1. JGN TAKUT BANKRUPT - LEPAS TU AIR ASIA BNKRUPT

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...