Wednesday, 11 March 2015

Umno BN Terkedu Dengan Tindakan Azmin Ali Ini..


Umno BN Terkedu Dengan Tindakan Azmin Ali Ini. Putrajaya mahu Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberikan penjelasan berhubung keputusan tidak melanjutkan perbincangan mengenai perjanjian penstrukturan semula air negeri terkaya Malaysia itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Putrajaya kini sedang menunggu surat rasmi daripada Azmin sebelum sebarang hujahan balas dapat diberikan.

“Kita tunggu surat rasmi daripada kerajaan Selangor dan penjelasan yang akan diberikan mereka berhubung keengganan melanjutkan tarikh bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Azmin semalam berkata, perjanjian induk penstrukturan air Selangor antara kerajaan negeri dan pusat yang berakhir, tidak akan dilanjutkan selepas penangguhan kali kedua.

Umno BN Terkedu Dengan Tindakan Azmin Ali Ini

Katanya, Putrajaya melanggar terma perjanjian ditandatangani September tahun lepas, semasa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menjadi menteri besar menyebabkan Selangor tiada pilihan lain.

"Apabila saya menjadi menteri besar September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian. Tetapi kerajaan persekutuan gagal memenuhinya, bahkan meminta lanjutan tempoh.

“Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan kerajaan negeri,” kata Azmin ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Sementara itu, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia berkata kerajaan negeri Selangor seharusnya membuat perbincangan awal sebelum apa-apa keputusan diambil.

Presidennya, S Piarapakaran berkata rakyat juga perlu diberikan alasan mengapa kerajaan negeri itu tidak berminat untuk melanjutkan rundingan perjanjian selepas penangguhan kali kedua.

“Dengan menamatkan perjanjian ini, seluruh pengguna air di Lembah Klang akan terjejas teruk kerana simpanan air terawat sangat rendah sekali gus memberi impak tinggi kepada bekalan air sedia ada.

“Jangan bertelagah dan membuat keputusan mendadak tanpa berunding dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia.




Iklan B (ii)












4 comments:

  1. Awat x terkejut no...duk main politik balas dendam...xpa la...kita tgk siapa control sykt baru ni...kot kroni gak...kong kali kong jer la

    ReplyDelete
    Replies
    1. paham dulu nape... jangan ikut crita utusan ngan TV3/4 je...

      Delete
  2. ini isu melibatkan perjanjian, sudah tentu ada asas yg kuat, bukan azmin boleh suka2 saja batal.

    ReplyDelete
  3. Kalau untung sebelah pihak je, baik batalkan je

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...