Friday, 20 March 2015

Sepatutnya Najib Beli Pesawat Ini..


Sepatutnya Najib Beli Pesawat Ini. Seorang bekas juruterbang berpangkat mejar "terkejut" dengan tindakan kerajaan berbelanja bagi mendapatkan sebuah jet VVIP sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk mendapat sebuah pesawat pemantau sistem kawalan dan amaran awal udara (Aewacs).

"Pembongkaran oleh MP Pandan YB Rafizi Ramli amat mengejut dan menyedihkan saya," kata bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad.

Beliau merujuk dakwaan Rafizi berhubung kerajaan persekutuan mendapatkan sebuah jet baru jenis Airbus ACJ320 bernilai RM465 juta sedangkan Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa pesawat itu dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

Sepatutnya Najib Beli Pesawat Ini.

Dalam kenyataannya, Zaidi berkata negara kecil seperti Singapura telah memiliki pesawat itu sejak 1987, "sedangkan Malaysia yang beratus kali ganda lebih luas dari Singapura, sebiji Aewacs pun tiada?"




Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...