Monday, 23 March 2015

Sandiwara Umno Hampir Terbarai?


Sandiwara Umno Hampir Terbarai? Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya Selasa ini, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor."Pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak selewat-lewatnya esok atau lusa. 

Seperti diketahui, hudud mesti mengikut Perlembagaan negara."Saya tidak kata yang kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Sebagai orang Islam, hukum Allah merupakan hukum.

Pihak yang memainkan (isu) ini ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya ketika diminta mengulas pendirian BN terhadap isu hukum hudud.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pasukan Sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dan Kelab Rukun Tetangga Suria (Cawangan Bunga Matahari) hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Sandiwara Umno Hampir Terbarai?

Bagaimanapun rang undang-undang itu hanya boleh dilaksanakan selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat.Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata isu hudud sebenarnya merupakan provokasi DAP dan PKR, yang cuba mengelirukan dan memecah-belahkan BN.

"Mereka ingat mereka boleh memecah-belahkan BN. Kepimpinan BN adalah berbeza kerana kami percaya pada keputusan konsensus dan kerana itulah kami mengadakan mesyuarat khas dengan semua pemimpin utama parti komponen BN untuk mendapat pandangan mengenai hukum hudud.

"Walau apapun, kita kena ikut perlembagaan. Hudud PAS adalah hudud politik," katanya.Pasukan Sukarelawan COMBI ditubuhkan agar mereka boleh mengadakan gotong-royong secara berkala terutamanya di kawasan kediaman bagi menghapuskan pembiakan dan tempat pembiakan nyamuk aedes yang menyebarkan virus denggi.





Iklan B (ii)












2 comments:

  1. Last-last nyamuk aedes tu pi cari lu. Cakap berbelit-belit. Di akhirat esok lu belitlah lagi.

    ReplyDelete
  2. Cakap aje pandai. Klu hudud yg dibuat oleh pas tu hudud politik, Cuba suruh umno pulak buat kajian dan laksanakan. Agama buat main2 pulak.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...