Thursday, 26 March 2015

Rupanya Putrajaya Setuju Pindaan Hudud Namun Malu-Malu.. Ini Buktinya


Rupanya Putrajaya Setuju Pindaan Hudud Namun Malu-Malu. Putrajaya bersetuju dengan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lalu, kata Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Atas persetujuan itu, ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, kerajaan negeri Kelantan membawa pindaan berkenaan ke sidang DUN.

"Jawatankuasa sekretariat ini mengandungi 6 wakil kerajaan negeri dan 6 wakil kerajaan pusat dan jabatan-jabatan yang berkaitan, misalnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Kelantan.

"Yang dibincangkan ialah, apa yang perlu kita buat terhadap enakmen 1993 ini, yang sebelum ini kerajaan pusat tak campur tangan langsung.

"Jadi, selepas ada sekretariat ini, baru ada penambahbaikan. Dan saya boleh sahkan, penambahbaikan inilah yang dibawa untuk meminda enakmen ini pada 18 dan 19 Mac lalu," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini. 

Rupanya Putrajaya Setuju Pindaan Hudud Namun Malu-Malu

Katanya, meskipun terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui, penambahbaikan itu dilaksanakan selepas beberapa pindaan.

"Penambahbaikan ini dipersetujui dan kita menerima saranan-saranan walaupun kita tidak menerima sepenuhnya. Kita campur dan kemudian kita buatlah (pinda).

"Saya nak tegaskan, pada 18 Mac lalu, ahli Parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) memasukkan satu usul untuk membawa rang undang-undang ahli persendirian itu di Parlimen," katanya.

DUN Kelantan meluluskan pindaan enakmen berkenaan pada 19 Mac lalu.

Tindakan berkenaan mengakibatkan rakan komponen PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP, memutuskan hubungan dengan Hadi, namun mengambil pendirian untuk tetap meneruskan kerjasama bersama PAS.



Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...