Thursday, 26 March 2015

Rafizi Bikin Najib Pening Kepala?


Rafizi Bikin Najib Pening Kepala? PKR mengumumkan hari ini ia akan bertindak sebagai 'orang tengah' dalam Pakatan Rakyat (PR), susulan krisis yang berlaku antara DAP dan PKR berhubung isu hudud. 

Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli berkata, PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan kedua-dua parti berkenaan dalam minggu ini.

"Dalam masa antara dua tiga hari ini, kami akan berjumpa dengan PAS dan DAP, dan kami akan keluarkan kenyataan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. 

"Seperti 'tripod', keseluruhan Pakatan tidak akan mampu bertahan jika kekurangan salah satu kakinya, sekurang-kurangnya kami cuba memainkan peranan ini," kata ahli Parlimen Pandan itu. 

Rafizi Bikin Najib Pening Kepala?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam secara terbuka menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan PR sekiranya berkeras meneruskan membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke Parlimen. 

DAP juga melalui resolusi mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya bertindak memutuskan hubungan mereka dengan Hadi, namun mengekalkan kerjasama mereka dalam PR. 

Susulan kenyataannya itu, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, yang juga ahli Parlimen PAS Pasir Mas menempelak DAP yang menurutnya merupakan pihak yang seharusnya meninggalkan PR.




Iklan B (ii)












1 comment:

  1. TANIAH RAFIZI YANG PALING PENTING DISINI IALAH DEDAHKAN SEMUA YANG BERKAITAN DGN APA YANG MEREKA DAH SAPU

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...