Wednesday, 4 March 2015

Rafizi Baraikan Tembelang BN


Rafizi Baraikan Tembelang BN. PKR hari ini mendakwa peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Ambank Group Berhad (AMMB) Ashok Ramamurthy pada Januari ada kaitan dengan syarikat pelaburan negara yang kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, pada sidang media hari ini mendakwa peletakan jawatan berkenaan dikatakan berpunca daripada pinjaman RM2 bilion yang diberikan kepada dana pelaburan strategik projek pembangunan hartanah Bandar Malaysia.

Memetik maklumat daripada pemberi maklumat, beliau mendakwa Ashok meletak jawatan pada 21 Januari selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan audit pematuhan terhadap gergasi perbankan itu dijalankan dan menemui beberapa “perkara yang tidak kena” berkaitan pinjaman itu.

Rafizi Baraikan Tembelang BN

Beliau juga mendakwa selain Ashok, 2 lagi pegawai kanan lain turut meletakkan jawatan. Memuji langkah bank pusat itu, Rafizi bagaimanapun berkata, ini membangkitkan persoalan terhadap bank lain yang memberi pinjaman geran kepada 1MDB.

“Saya menyeru BNM mendedahkan laporan audit pematuhan ke atas semua bank tempatan yang ada memberi pinjaman kepada 1MDB supaya ahli-ahli Parlimen dan orang ramai dapat menilai sendiri setakat mana keberhutangan 1MDB ini memberi risiko kepada kestabilan sektor perbankan negara,” katanya di ibu pejabat PKR



Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...