Wednesday, 18 March 2015

Punca Ustaz Kazim Elias Mahu Bersara Tersebar?


Punca Ustaz Kazim Elias Mahu Bersara Tersebar? Penceramah agama Datuk Mohd. Kazim Elias membayangkan hasrat untuk berhenti daripada berceramah dalam tempoh terdekat, dipercayai ekoran beberapa isu membabitkan diri­nya sejak kebelakangan ini. 

Dalam program Ceramah Perdana Sempena Peringatan Hari Polis Ke-208 di Kem Pasukan Gerak Am (PGA) Ulu Kinta dekat sini kelmarin, beliau berkata, isu-isu yang dihadapinya sejak menjadi pendakwah menyebabkan beliau hilang sema­ngat untuk terus berceramah. 

Sebagai langkah awal ke arah itu, difahamkan beliau sudah mula menolak beberapa jemputan untuk menjadi tetamu beberapa program televisyen. 

Begitupun, buat sementara waktu beliau masih terus menerima jemputan untuk mengadakan ceramah namun dikatakan akan berhenti setelah pembinaan ba­ngunan tambahan di Pusat Pengajian Al-Barakah di Manjoi, dekat sini yang diasaskannya siap sepenuhnya. 

Punca Ustaz Kazim Elias Mahu Bersara Tersebar?

Ini kerana, buat masa ini beliau mahu mencari dana untuk membiayai pembinaan bangunan tersebut yang menelan kos kira-kira RM500,000. Ditanya sama ada beliau serius untuk berhenti daripada berce­ramah, Mohd. Kazim berkata, beliau akan membuat pengumuman mengenainya. 

“Apa-apa pun tunggu (pengumuman), Khamis ini,” katanya ketika ditemui selepas program ceramah kelmarin. Mohd. Kazim dijadualkan menjadi panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Padang Astaka, Batu Kurau pada Khamis ini yang akan disiarkan secara langsung di TV1 RTM. 

Turut diundang sebagai panel ialah Mufti Perlis, Datuk Mohd. Asri Zainul Abidin dan program tersebut akan dipengerusikan oleh Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah. Minggu lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur Mohd Kazim kerana menggunakan pendekatan jenaka dalam ceramah yang disifatkan oleh beliau sebagai ‘penglipur lara’. 

Sebelum itu, Mohd. Kazim dise­lubungi isu penyebaran surat daripada Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemi­lihan pendakwah terkenal itu untuk menjadi panel satu forum dengan alasan beliau membacakan riwayat-riwayat palsu. 



Iklan B (ii)












4 comments:

  1. Boleh percaya ke ostad ni? Dulu pun pernah suarakan nak henti berceramah tapi habuk pun takdak. Ostad....ostad.....

    ReplyDelete
  2. Jika kita belajar psikologi, kita tahu sebenarnya Ustaz Kazim tidak akan berhenti berceramah. Read in between the line statement dia.. dana, kos api, letrik.... Tak belajar psikologi pun kita tahu.

    ReplyDelete
  3. macam cari simpati je. makcik2 tak kesian ke. kan seronok dengar.

    ReplyDelete
  4. apa pun kita tunggu dan lihat sabar yob

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...