Friday, 27 March 2015

Punca Pembantu Juruterbang Hempaskan Pesawat Germanwings Tersebar?


Punca Pembantu Juruterbang Hempaskan Pesawat Germanwings Tersebar? KUALA LUMPUR: Pembantu juruterbang pesawat malang Germanwings dengan sengaja menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan pergunungan Alps selepas mengunci juruterbang dari luar kokpit.

Namun demikian, tiada sebarang petanda ia sebahagian daripada kegiatan pengganas, menurut jurucakap rasmi Perancis pada Khamis.

Pembantu juruterbang yang berusia 28 tahun itu sengaja menjunamkan pesawat tersebut, menurut pegawai penyiasatan Brice Robin dalam satu sidang media yang mendedahkan butir-butir rakaman terakhir daripada perakam pesawat tersebut.

Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf yang mengakibatkan seramai 150 orang dalam pesawat malang itu terbunuh.

"Pembantu juruterbang tersebut berseorangan dalam kokpit itu," jelas Robin. "Dia dengan sengaja enggan membuka pintu kokpit dan dengan sengaja menjunamkan pesawat tersebut."

Punca Pembantu Juruterbang Hempaskan Pesawat Germanwings Tersebar?

Motif pembantu juruterbang tersebut masih belum diketahui, namun pegawai penyiasat menolak kaitannya dengan aktiviti pengganas.

Pembantu juruterbang itu dikenali sebagai Andreas Lubitz.

Robin berkata, penumpang pesawat malang tersebut tidak menyedari situasi itu sehingga di saat akhir.

"Jeritan tidak kedengaran sehingga di saat akhir.", katanya lagi.

Kesemua enam anak kapal dan 144 penumpang mati serta-merta, tambahnya lagi.

Pembantu juruterbang itu berada dalam keadaan sedar sehingga saat pesawat tersebut terhempas, tambah Robin.



Juruterbang perlu kerap jalani pemeriksaan fizikal, mental: ICAO
KUALA LUMPUR: Juruterbang harus kerap menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental, kata badan penerbangan UN, selepas ia diketahui pembantu juruterbang Germanwings telah dengan sengaja menjatuhkan pesawatnya, membunuh kesemua 150 penumpang dan kru di atas kapal terbang tersebut. 
"Semua juruterbang diharuskan menjalani pemeriksaan kesihatan (oleh doktor yang terlatih dalam perubatan penerbangan) yang merangkumi penilaian kedua-dua fizikal dan mental,” kata Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di dalam sebuah kenyataan pada Khamis. 
"Jika pemeriksaan itu menunjukkan sebarang kebimbangan, satu lagi pemeriksaan yang lebih khusus boleh diambil untuk memeriksa keadaan neuropsikologi juruterbang tersebut," agensi UN itu menambah. 
Pihak berkuasa Perancis berkata, pembantu juruterbang penerbangan Germanwings 4U9525 telah dengan sengaja menghempaskan pesawat tersebut di kawasan pergunungan Alps pada Selasa selepas mengunci juruterbang dari luar kokpit. 
Pembantu juruterbang itu, Andreas Lubitz, 28, berada dalam keadaan sedar sehingga saat pesawat tersebut terhempas. 
Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf. 
Sementara itu, para penyiasat telah menggeledah dua kediaman Lubitz pada Khamis, kata pihak berkuasa. 
"Kedua-dua rumah pembantu juruterbang tersebut di Duesseldorf dan Montabaur telah digeledah," kata ketua pendakwa raya Ralf Herrenbrueck. 
Lubitz tinggal bersama ibu bapanya di kota barat Montabaur, sambil menyimpan sebuah flat di Duesseldorf, Datuk Bandar Montabaur, Gabriele Wieland memberitahu agensi berita DPA. 
Pendakwa raya Duesseldorf telah membuka satu lagi siasatan di bawah penyiasatan utama yang kini dijalankan di Perancis kerana kebanyakan mangsa nahas itu dari rantau German. 
Di dalam satu kenyataan bertulis, pendakwa raya bandar itu berkata, carian di Duesseldorf dan juga tempat lain adalah bertujuan "penemuan dan mendapatkan dokumen peribadi, khususnya" untuk membantu menjelaskan situasi sebenar. 
Di Montabaur, sebuah bandar yang didiami 12,500 penduduk, polis telah mengepung kawasan sekitar rumah keluarga Lubitz, sebagaimana diperhatikan seorang wartawan AFP. 
Pegawai-pegawai yang memakai sarung tangan dikelihatan berjalan sambil memegang pelbagai bagasi termasuk beg bimbit dan kotak.
Sumber 

Iklan B (ii)












1 comment:

  1. Mungkin terdapat kerosakan mekanikal atau komputer diserang virus, senang-senang saja nak tuduh orang yang telah mati. Ada sesuatu yang hendak dirahsiakan daripada pengetahuan umum dan mereka boleh cuci tangan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...