Monday, 30 March 2015

Polis Mesti Tersipu-Sipu Malu Dengan Berita Ini


Polis Mesti Tersipu-Sipu Malu Dengan Berita Ini. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan dua orang mahasiswa yang ditahan berhubung perhimpunan #KitaLawan semalam dibebaskan selepas polis ‎gagal mendapatkan perintah reman.

Peguam Michelle Yesudas melalui laman Twitter miliknya hari ini berkata: "Dua pelajar universiti ditangkap semalam dan Khalid Samad bebas, reman ditolak #KitaLawan."The Malaysian Insider hari ini melaporkan, dua mahasiswa universiti awam tempatan itu ditahan di ibu negara, manakala Khalid ditahan di kediamannya sekitar jam 3 pagi tadi."

Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir berkata, dua mahasiswa itu ditempatkan di Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur bersama Fariz Musa, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan mesra PKR, Jingga 13.

Polis Mesti Tersipu-Sipu Malu Dengan Berita Ini

"Betul, ada dua mahasiswa ditahan semalam, sekarang berada di Lokap Berpusat Jinjang menunggu reman, bersama Fariz Musa, seketariat #KitaLawan."Fariz yang maklumkan penangkapan dua mahasiswa itu kepada kami, selepas menemui mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," kata Akmal kepada The Malaysian Insider.

Beliau, bagaimanapun, tidak pasti akta yang digunakan menahan kedua-dua mereka."Fariz ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan, tapi Fariz tidak pasti Akta Hasutan itu kerana ucapan atau tweetnya," katanya.

Khalid ditahan polis di rumahnya di Shah Alam pada 3.20 pagi.Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata Khalid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Polis Mesti Tersipu-Sipu Malu Dengan Berita Ini

Semalam, polis menahan Fariz sebaik sahaja perhimpunan #KitaLawan di ibu kota berakhir dengan aman tanpa sebarang insiden.Sebelum itu, polis menahan Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang beberapa jam sebelum perhimpunan #KitaLawan dan menahan reman selama 3 hari Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan pada Jumaat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ditahan awal pagi semalam di Pulau Pinang selepas menghadiri mesyuarat parti di peringkat negeri itu.Mohamad bagaimanapun dibebaskan pada 11.30 malam tadi selepas 23 jam, tanpa sebarang pertuduhan.

Pada Jumaat, polis menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya menyeru ahli parti itu turun beramai-ramai dalam perhimpunan semalam.

Iklan B (ii)











2 comments:

  1. asyik pakai brute force sj, agaknya klu ajak berhujah beranikah org mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb mereka tak mampu berhujjah maka mereka gunakan kuasa yg kununnya mereka ada tanpa berfikir panjang sekurang-kurangnya secara amat mudah mereka boleh berfikir antara yg mereka tangkap dan yang menyuruh tangkap itu siapa yg benar... yg mana penyamun dan yg mana mangsa penyamun... itu atah dunia manusai soal gitu lah.. tapi kalau di hadapan Mahkamah Allah Rabbul Jalil nanti boleh ke mereka kata ada orang suruh aku tangkap dan zalimi orang yg tak bersalah...

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...