Saturday, 21 March 2015

Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen


Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen. PAS dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik Umno dan perlu mendapatkan jaminan bertulis daripada Barisan Nasional (BN) yang mereka akan mengundi dan menyokong rang undang-undang persendirian hudud sebelum membawanya ke Parlimen, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu berkata, ini penting untuk memastikan tiada muslihat dan tipu daya daripada Umno yang pernah memangsakan PAS dengan menendang parti itu keluar BN pada 1977.

Katanya, kepimpinan PAS dan rakyat perlu berhati-hati dan waspada dengan muslihat Umno dan BN yang menggunakan ketaatan orang Islam terhadap hukum Allah sebagai muslihat politik.

Saya menasihati pimpinan PAS supaya mendapat jaminan bertulis mengenai sokongan daripada Umno dan parti komponen BN lain seperti PBB (Parti Pesaka Bumiputra Bersatu) terhadap cadangan rang undang-undang persendirian mengenai kuasa Mahkamah Syariah terlebih dulu sebelum memutuskan untuk membawanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen

Ahli Parlimen Pandan itu juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya,Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan sokongan secara terbuka dan bertulis terhadap hudud di Kelantan dan berjanji akan mengundi rang undang-undang persendirian itu jika dibawa ke Parlimen.

Rafizi yang juga naib presiden PKR itu berkata, Najib dan Muhyiddin perlu mengeluarkan arahan segera secara bertulis agar setiap ahli Parlimen Umno dan parti komponen BN lain yang beragama Islam wajib menyatakan sokongan.

"Setakat ini, tiada satu kenyataan pun daripada Najib menyatakan sokongan dan arahan kepada ahli Parlimen Umno dan BN untuk menyokong cadangan rang undang-undang persendirian mengenai kuasa Mahkamah Syariah itu. "Saya khuatir Najib hingga ke akhirnya tidak akan membuat kenyataan. 

Malah saya juga waspada Umno dan BN tidak akan mengeluarkan sebarang arahan agar setiap ahli Parlimen beragama Islam menyokong rang undang-undang persendirian itu jika dibawa ke Parlimen," katanya yang juga naib presiden PKR.





Iklan B (ii)












10 comments:

  1. PAS pendek akal. Masih tak faham sepakterajang UMNO.

    ..yang dikejar tak dpt yag dikendong berciciran..

    Nanti jap lagi ada org kata aku anti hudud pulak, mongong punya org!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siaoa sebenarnya yang lendek akal dan tidak ada iman?? Kamu dan pkr cuma sibuk mengejar kemenangan dunia, cari undi, Kalau kamu islam, adakah nak tunggu mak bapak awak sokong baru nak dirikan sembahyang? Kalau mereka tak sokkng, awak tak solatlah. Sekarang siapa yang mengong, pas atau kamu?

      Delete
  2. Mslah skng ni , iti adalh tnggungjwb setiap pemimpin islam, lulus atau tak itu no 2, yng pntng ada usaha kearah itu...syabas pas kelantan

    ReplyDelete
  3. saya menyokong hudud didaulatkan tapi bukan oleh pimpinan pas kerana pimpinan pas sekarang bangang.umno telah menyokong hudud dan turut sama memperjuangkan hudud jadi sewajarnya umno yang menjadi pemimpin kerana didalam umno ramai bijakpandai. pada pilihanrayyaa akan datang saya akan mengundi umno untuk melihat hudud dilaksanakan dengan jayanya. hidup hudud hidup umno

    ReplyDelete
  4. yakin dengan Allah.....

    ReplyDelete
  5. Yang pendek akalnya yang menolak hukum hudud itulah. Walaupun belum memegang tampuk kerajaan lagi DAP dan PKR dah tunjukkan belangnya inikan pula jika memegang putrajaya. Di sini baru terdedah sifat dan pnerimaan mereka yang berselindung di sebalik agenda tertentu. Memperjuangkan keadilan kononnya, tetapi hanya untuk keadilan yang terpilih..

    ReplyDelete
  6. Ahli pas lebih ramai dr ahli pkr. Apa nak takut

    ReplyDelete
  7. Pemimpin negeri Kelantan dh berusaha jalankn kewajipan sbg pemerintah, sekurang2nya ada jwpn di hadapan Allah kt mahsyar nanti. Yg masih komen xsetuju dgn tindakan Kelantan, sy harap anda pun lepas nk jwab esok2...pandai2 lah.

    ReplyDelete
  8. Yang penting dibawa ke parliman..orng islam insyaALlah dia sokong.. kalau munafiq, blm pasti sokong begitu jg yg fasiq.. yg kafir..terpulang lah nak sokong atau tidak..

    ReplyDelete
  9. Senang aje... Kalu mereka islam , kalu mereka beriman, mereka akan menyokong hukum hudud bukan shj di Kelantan tetapi di seluruh negara.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...