Monday, 16 March 2015

Peguam Umno Bakal Dilondehkan.. Ini Buktinya


Peguam Umno Bakal Dilondehkan.. Majlis Peguam yang dipilih hari ini sedang mengkaji kemungkinan merujuk peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada lembaga disiplin peguambela dan peguamcara kerana salahlaku selepas mendapatkan sabitan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden barunya Steven Thiru berkata, mereka juga akan mencabar injunksi yang diperolehi Shafee bagi menghalang Majlis Peguam daripada membincangkan kelakuannya pada mesyuarat agung tahunannya (AGM) hari ini.

"Kami sudah melantik peguam dan berpandukan penasihat untuk mengetepikan injunksi itu," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pertama majlis itu di Kuala Lumpur hari ini.

"Bebas daripada itu, kami sedang melihat kemungkinan merujuk Shafee kepada lembaga tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Akta Profesion Undang-undang."

Steven melahirkan kekecewaan terhadap Shafee kerana memfailkan injunksi itu daripada hadir pada AGM hari ini dan membahaskan perkara itu.

Peguam Umno Bakal Dilondehkan.. 

"Kami kecewa. Shafee bersedia membahaskan perkara itu di khalayak ramai. Beliau berucap di forum dan dalam televisyen.

"Kami kecewa kerana dia tidak datang hari ini untuk membahaskan perkara itu dengan rakan-rakannya di Majlis Peguam," katanya.

Shafee semalam memperoleh injunksi menghalang AGM tersebut daripada membincangkan kelakuan dan penyertaannya dalam jelajah negara untuk bercakap tentang kesalahan liwat Anwar.

Usul untuk membincangkan kelakuannya itu dicadangkan peguam Tommy Thomas dan disokong bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri VC George .

Steven juga memuji peguam yang membuat cadangan dan menyokong usul mengecam bekas presiden Christopher Leong yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina terhadap badan kehakiman selepas keputusan mahkamah Anwar.

"Peguam-peguam itu memfailkan usul, mereka datang dan membahaskan perkara itu, walaupun mereka akhirnya tewas," katanya ketika ditanya jika Shafee sepatutnya mengambil peluang membahaskan usul mengenai kelakuannya dalam AGM itu.

Leong, yang mempengerusikan prosiding terdahulu hari ini, membenarkan ahli yang menyokong dan menentang usul itu membahaskannya selama 2 jam, walaupun beliau merupakan subjek pertikaiannya.

Dalam perintah injunksinya, Shafee menamakan Thomas dan George, serta Majlis Peguam dan Leong sebagai responden.

Peguam Umno Bakal Dilondehkan.. 

Thomas dan George menggesa Majlis Peguam mengecam Shafee, yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Anwar pada peringkat rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan juga mengekalkan hukuman 5 tahun penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelumnya.

Berikutan keputusan mahkamah itu, Shafee memulakan siri jelajah yang dianjurkan Barisan Nasional bagi menjelaskan keputusan itu kepada orang ramai.

Dalam 2 sesi jelajah yang dihadirinya dan ketika temu bual dengan media arus perdana, Shafee dikatakan terus memburukkan dan mengutuk Anwar dan pasukan pertahanannya, walaupun ketua pembangkang itu kini di penjara dan tidak dapat menjawab sebarang tuduhan.

Iklan B (ii)











1 comment:

  1. DIA TIDAK HARUS DILONDEHKAN ..HUKUMAN YANG SETIMPAL DENGAN ORANG MACAM NI IALAH REJAM SAMPAI MATI

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...