Thursday, 12 March 2015

Patutlah Calon Bebas Ramai Di PRK DUN Chempaka.. Ini Sebabnya


Patutlah Calon Bebas Ramai Di PRK DUN Chempaka.. Ini Sebabnya. Umno memecat keanggotaan Sharif Mahmood dan Fadzillah Hussin yang menjadi calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka daripada parti itu berkuat kuasa serta merta.

Menurut Media Umno, pemecatan itu berikutan tindakan mereka bertanding sebagai calon bebas yang bertentangan dengan keputusan parti.

Surat pemecatan itu dikeluarkan ibu pejabat Umno hari ini yang ditandatangani Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Pemecatan itu dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi di bawah Fasal 20.10 Perlembagaan Umno," menurut Media Umno.

Patutlah Calon Bebas Ramai Di PRK DUN Chempaka.. Ini Sebabnya

Shariff berdaftar sebagai anggota Umno cawangan Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar, Jeram Tekoh, Gua Musang, manakala Fadzillah adalah anggota Umno cawangan Kepala Batas, Tumpat.

Sharif, 59, dan Fadzillah, 55, yang masing-masing bertanding sebagai calon bebas adalah antara lima calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu. 

Calon lain adalah Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, bekas calon bebas PRK DUN Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

BN memutuskan tidak bertanding pada PRK itu bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember tahun lepas.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas. Pengundian akan berlangsung pada 22 Mac ini.

Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...