Saturday, 21 March 2015

PAS Tentu Gembira Dengan Berita Terbaru Ini..


PAS Tentu Gembira Dengan Berita Terbaru Ini.  Mesyuarat PKR yang berlangsung malam ini berkemungkinan akan membuahkan hasil yang menggembirakan untuk rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) daripada PAS, kata Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ahli Parlimen Bukit Katil yang ditemui di Ibu Pejabat PKR itu berkata, mesyuarat majlis pimpinan pusat parti berkenaan juga berjaya membuat keputusan sebulan suara."Kami bekerjasama dengan sangat baik, Insya Allah... kami akan pertahankan Pakatan.

Mesyuarat berkenaan berlangsung daripada 9 malam dan berakhir sekitar 11 malam tadi.Turut hadir sesi mesyuarat berkenaan adalah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, dan Pengarah Strategi Sim Tze Tzin serta beberapa pemimpin tertinggi lain.

Shamsul bagaimanapun tidak mengulas lanjut hasil keputusan mesyuarat PKR sebentar tadi."Perbincangan kita sentiasa baik, dalam suasana keluarga parti dalam Pakatan.

"Mengulas lanjut berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guchil Mohd Roslan Puteh, kerana dikatakan turut mengundi enakmen hudud di Kelantan semalam, beliau berkata perkara itu masih dalam siasatan.

PAS Tentu Gembira Dengan Berita Terbaru Ini

"Kami masih lagi sedang mendapatkan laporan penuh, masih terlalu awal untuk kami membuat keputusan, tetapi sekarang ini beliau masih ahli PKR," katanya.

Sebelum ini, rakan komponen PR daripada DAP, mengumumkan akan mengadakan mesyuarat pada Isnin bagi menentukan hala tuju parti itu bersama pakatan berkenaan selepas merasakan mereka “ditikam dari belakang” oleh PAS susulan pindaan enakmen berkenaan hudud yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Khamis lalu.

Susulan perkara itu, PKR meluahkan rasa kesal terhadap tindakan PAS yang didakwa mereka tidak menghormati muafakat dalam pembangkang itu apabila meluluskan enakmen tersebut.

Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan berkata, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu mengenai rang undang-undang yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan empat perkara ke atas enakmen yang diluluskan dalam tahun 1993.

Namun, draf pindaan itu katanya sehingga minggu lalu ‎tidak diterima PKR, malah ‎draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat perkara seperti yang dimaklumkan Amar tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat.

Keputusan rasmi berhubung mesyuarat malam ini dijangka akan dikeluarkan Dr Wan Azizah esok.





Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...