Wednesday, 11 March 2015

Najib Mungkin Terduduk Jika Baca Berita Ini?


Najib Mungkin Terduduk Jika Baca Berita Ini? Ketika tekanan meningkat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di penjara, satu kaji selidik di kalangan pemimpin politik pelapis mendapati, kebanyakan rakyat Malaysia mahu Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi perdana menteri akan datang.

Kaji selidik Merdeka Center dari 21 hingga 30 Januari mendapati, 19.8% daripada 1,008 responden memilih Hishammuddin sebagai bakal perdana menteri, melebihi sokongan diterima rakan-rakannya Khairy Jamaluddin (8.6%), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (8.4%), Rafizi Ramli (3.9%), Mohamed Azmin Ali (3.7%) dan Nurul Izzah Anwar (1.7%).

Kajian yang ditaja oleh The Malaysian Insider itu juga menunjukkan majoriti responden (19.4%) mahu Hishammuddin memimpin Barisan Nasional (BN) jika atau selepas Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersara.

"Rakyat Malaysia lebih suka Hishammuddin kerana salasilah keturunan keluarganya. Beliau menjadi perhatian tahun lalu ketika kehilangan MH370 dan dilihat mengendalikan kes itu dengan baik. Beliau menjadi wajah Malaysia dan mendapat penilaian yang baik," kata Ibrahim Suffian (gambar bawah), pengarah Merdeka Center, kepada The Malaysian Insider.


"Beliau bukan seorang tokoh kontroversi dalam media, tidak ada sebarang perbincangan terbuka mengenai masalah beliau sebagai menteri, dan semua orang sudah lupakan kejadian beliau melambaikan keris 10 tahun lalu," katanya, merujuk kepada kejadian pada 2005 apabila Hishamuddin menjulang dan mengucup keris di perhimpunan agung tahunan Umno.

Sokongan untuk Hishammuddin sebagai bakal perdana menteri merentasi kaum, jantina dan juga jurang politik, apabila menteri pertahanan itu didapati menjadi calon paling popular di kalangan orang Melayu, Cina, India, lelaki, perempuan, serta kedua-dua penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan BN.

Antara penyokong PR, 12% mahu Hishammuddin menjadi perdana menteri, diikuti Setiausaha Agung PKR Rafizi (11.1%), Timbalan Presiden PKR Azmin (9.8%), Ketua Pemuda Umno Khairy (6.4%), Naib Presiden PKR Nurul Izzah (4.7%) dan Naib Presiden Umno Zahid (2.6%).

Najib Mungkin Terduduk Jika Baca Berita Ini?

Bagaimanapun Ibrahim berkata, ini tidak bermakna penyokong pembangkang lebih memilih tokoh BN untuk memimpin negara dibandingkan PR.

"Rakyat Malaysia, termasuk penyokong PR, cuma tidak dapat bayangkan PR memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang. Mereka lebih biasa dengan idea pemimpin BN yang memerintah negara.

"Jadi, PR sendiri pun membayangkan Hishammuddin sebagai perdana menteri masa depan mereka kerana mereka tidak nampak BN akan kalah," katanya.

"Mungkin tiga tahun akan datang, apabila kita lebih dekat dengan PRU14, ia akan berubah."

Kaji selidik itu juga mendedahkan Zahid tewas kepada Khairy kerana menteri dalam negeri itu tidak popular di kalangan bukan Melayu dan penyokong PR.

Walaupun Zahid merupakan pilihan kedua sebagai perdana menteri di kalangan orang Melayu, dengan 13.6% menamakan beliau sebagai calon pilihan, beliau tidak popular di kalangan orang India dan Cina, dengan masing-masing hanya 0.7% dan 1% menyatakan mahu beliau sebagai bakal perdana menteri.

"Penyokong PR kebanyakannya Cina, dan mereka mempunyai pandangan negatif terhadap Zahid," kata Ibrahim.

Zahid, yang dilihat sebagai salah seorang pemimpin Umno berhaluan kanan, sering dilanda kontroversi kerana mengeluarkan kata-kata menghina terhadap orang Cina.

Sementara itu, lebih ramai rakyat Malaysia mahu Rafizi sebagai perdana menteri berbanding Azmin, kerana beliau lebih banyak menjadi tumpuan media, manakala Nurul Izzah hilang sokongan kerana beliau seorang wanita, kata Ibrahim.

Tetapi apabila responden ditanya siapa yang mereka percaya paling sesuai memimpin PR selepas Anwar, sebahagian besar (13.9%) memilih Azmin, diikuti Rafizi (7.1%), Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (6.7%), Nurul Izzah (6.5%), dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (1.8%).

Ibrahim berkata ada responden menamakan calon lain sebagai pilihan utama mereka sebagai perdana menteri selain enam yang disenaraikan, dengan 3.3% memilih Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, diikuti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (1.3%), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (1.0%) dan Anwar (0.7%).

"Tetapi, tumpuan tinjauan kami ialah untuk melihat bakal pemimpin di kalangan generasi akan datang, kerana itu kami mengeluarkan nama Muhyiddin, Anwar dan Lim daripada soalan kami," kata Ibrahim.

Najib Mungkin Terduduk Jika Baca Berita Ini?

Kedudukan Najib sebagai perdana menteri goyah sejak prestasi BN di bawah pimpinannya jatuh teruk semasa PRU13.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menarik balik sokongannya kepada Najib dan mengkritik dasar-dasar utama parti itu, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Baru-baru ini, laporan salah urus kewangan 1MDB yang dibebani hutang yang semakin meningkat lebih mencemari reputasi Najib, kerana beliau merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

Serangan terhadap Najib mendorong 160 ketua bahagian Umno mengadakan mesyuarat menyokong beliau Ahad lepas.

Sementara dalam PR, hukuman penjara lima tahun atas Anwar kerana kesalahan liwat menamatkan kerjaya politiknya, membuka jalan bagi lapisan kedua pemimpin pakatan pembangkang melangkah ke hadapan.





Iklan B (ii)












1 comment:

  1. Deyyy Thambi...yinni nigiri ada 30 juta worang juga...itu satu ribu responden punya wopinion blei pakai ka Thambi...Ayyoyooo...sana pigi Hisapmuddin punya tampatlah Johor sana dia punya constituency juga survey bikin...saya ingat dia boleh dapat 98% undi la...cittt...tara baca punya worang!!!!PODAHHH!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...