Tuesday, 24 March 2015

Najib Dan Pemimpin Umno Terkedu Dengan Perkembangan Terbaru Ini


Najib Dan Pemimpin Umno Terkedu Dengan Perkembangan Terbaru Ini. Mesyuarat tergempar DAP yang berlangsung hampir empat jam malam ini, membincangkan masa depan parti itu di dalam Pakatan Rakyat (PR), akan mengecewakan Barisan Nasional (BN) kerana hasilnya "positif", kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke.

Parti itu dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok pagi berhubung hasil mesyuarat mereka malam ini, diadakan susulan keputusan PAS bertegas meneruskan agenda hudud mereka dengan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen.

"Bagi saya, ia positif untuk rakyat dan mengecewakan untuk BN. Itu saja saya boleh katakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat itu.

Loke berkata, semua ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti itu menghadiri mesyuarat malam ini dan bersetuju sebulat suara dengan keputusan yang dibuat.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua memberitahu pemberita, "semua pilihan dipertimbangkan" semasa perbincangan di dalam mesyuarat itu.

Najib Dan Pemimpin Umno Terkedu Dengan Perkembangan Terbaru Ini

"Saya rasa mereka sangat terbuka. Saya rasa semua orang tahu isu yang terbabit.

"Adakah kita berpecah, adakah kita teruskan, adakah kita tunggu, apa isunya, bagaimana ia menjejaskan DAP, bagaimana ia menjejaskan PR, apa yang rakyat mahu – ada orang mahu kita berpecah serta merta, ada yang mahu kita terus bersama walau apa pun terjadi.

"Jadi, semua isu ini dibincangkan sebelum keputusan dibuat," kata Pua.

Jawatankuasa eksekutif pusat DAP bermesyuarat malam ini bagi membincangkan sama ada untuk kekal dalam PR atau tidak berikutan tindakan PAS itu yang dianggap satu "pengkhianatan" terhadap PR kerana membelakangi keputusan yang dipersetujui bersama sebelumnya.

DAP berkata hudud tidak pernah menjadi sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama PR, dan PAS mengkhianati sekutunya dengan membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Dewan Undangan Negeri Kelantan minggu lepas.

DAP juga menyifatkan sebagai "pengkhianatan" tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon kepada Parlimen untuk membentangkan rang undang-undang itu yang perlu diluluskan bagi membolehkan hudud dikuatkuasakan di Kelantan.




Addin:

Ini bukan pengkhianatan.. penerangan kepada sudah diberi kepada DAP. Kenapa DAP degil untuk tidak terima walaupun ianya tidak menjejaskan hak orang bukan Islam.



Iklan B (ii)












5 comments:

  1. DAP jangan buat hal kebanyakan pengundi PRU 13 kami bagi atas komitmen kerana ABU kalau tak percaya lihatlah nanti PRU14

    ReplyDelete
  2. DAP jangan nak buat hal undian PRU 13 kami beri atas komitmen asal ABU nak try lihatlah PRU 14...sorry

    ReplyDelete
  3. Addin.apa yang aku faham bahawa DAP mempertikaikan apa yang telah dilakukan oeh Hj hadi.semuanay tidak bersepakat dalam membuat keputusan bersama.Pengkianatan yang dimaksudkan bahawa bila dalam satu pakatan kita kenalah ikut kata keputusan bersama.kalau dah Pas tak setuju apa ada jalan lain melainkan Pas keluar je dari Pakatan,bersjuang sendiri,tak perlu ada PKR dan DAP,Tunjukan kekuatan Pas tanpa bantuan lain ,kalau nak join dengan Umno lagi bagus.Sepatuitnya tarbiah dulu bangsa kafir sehingga mereka mendaki islam,dakwah dulu,ini tidak terus menolah sikafir ,apa punya stratiji.

    ReplyDelete
  4. nak berpakat ka nak berpaksa?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...