Tuesday, 24 March 2015

Menteri Kanan Ini Buat Kejutan


Menteri Kanan Ini Buat Kejutan. Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bodoh".

Nazri, yang juga menteri pelancongan berkata, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Nazri berkata, dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.
"Pernah kita nampak Mahkamah Syariah bicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?

"Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang," katanya.

Menteri Kanan Ini Buat Kejutan

"Ini soal agama, kita tidak boleh guna 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka."

Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba di bawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.

"Benda (hudud) itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan.

"Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Umno juga menyedari hakikat itu.

"Saya tidak mahu bincang, ia tidak berlaku kerana Perlembagaan. Kalau Umno nak buat pun bukan Umno tak nak buat. Umno tahu memang tidak boleh buat," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di bawa ke Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.

Tindakan PAS itu sekaligus menggoncang hubungan Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP mendakwa Hadi memungkiri janjinya dalam mesyuarat PR apabila bertindak secara bersendirian menghantar notis pemberitahuan kepada Dewan Rakyat untuk membawa undang-undang persendirian berkenaan hudud ke Parlimen, kata Anthony Loke.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ketika mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu, sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, Hadi memberikan komitmen untuk membentangkan segala cadangan mahu pun pindaan berkenaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan kepada mesyuarat berkenaan.

Menteri Kanan Ini Buat Kejutan

"Ini jelas dan bukti, pemberitahu usul ini diberikan, hari sama kerajaan Kelantan kemuka rang undang-undang.

"Tindakan Hadi langgar mesyuarat Majlis Pimpinan PR," katanya, ketika mendedahkan sebahagian kandungan minit mesyuarat berkenaan.

"Ini sebahagian minit mesyuarat, ini janji yang diberikan Hadi."

Loke turut mendedahkan usul pemberitahuan bertarikh 18 Mac, sehari sebelum enakmen jenayah syariah di Kelantan di luluskan, yang diserahkan Hadi kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN masih belum mengeluarkan pendirian rasmi berhubung sokongan parti pemerintah itu terhadap hudud.




Addin:

Bagi umat Islam, wajib iktikad di dalam hati bahawa hukum Hudud wajib dilaksanakan. Mungkin boleh dibahas sekitar Fiqh Awlawiyyat nya.. nak dilaksanakan sekarang atau pada masa akan datang. Melihat persediaan pemerintah atau sebagainya.

Selama Umno sebagai pemerintah, apa usaha Umno untuk laksanakan hukum Hudud di negara ini? Setidak-tidaknya PAS ada 'effort' untuk laksanakan hukum Hudud. Insya Allah kami ada jawapan di mahkamah masyar nanti sekiranya di tanya Allah SWT apa usaha untuk laksanakan hukum Allah ini..



Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...