Sunday, 22 March 2015

Berita Mengejutkan Buat PAS


Lagi Berita Menyedihkan Buat Ahli PAS. PKR hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen.

Ini kerana, parti itu berkata, PAS telah mengambil keputusan secara "unilateral" (sebelah pihak) tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas berhubung penghantaran notis oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu yang akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Parlimen.

Rang Undang-undang persendirian itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan memberi kesan kepada pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 iaitu berkaitan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan."Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan rang Undang-undang persendirian tersebut.

Lagi Berita Menyedihkan Buat Ahli PAS

Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

"Sekiranya Rang Undang-undang Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah," kata parti itu dalam kenyataan media bersamanya hari ini.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh semua pemimpin PKR iaitu Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya Azmin Ali; Naib preside Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Setelah PKR mengiystiharkan pendirian mereka, kini parti itu menggesa supaya BN memberi penjelasan sama ada menyokong rang Undang-undang persendirian tersebut atau tidak.Ia berikutan, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan sekiranya diluluskan oleh kerajaan.

"Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang rang undang-undang hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan."Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan rang udang-undang Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah Datuk Seri Najib  Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Justeru, PKR menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui rang undang-undang persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen," kata kenyataan itu lagi.DAP sebelum ini telah memutuskan tidak akan menyokong rang undang-undang itu di Parlimen.

PKR mempunyai 29 kerusi di Dewan Rakyat tetapi hanya 28 ahli Parlimen sahaja yang boleh mengundi memandangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman ppenjara.Malah terdapat juga seorang ahli Parlimen Bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini merupakan wakil rakyat PKR.DAP dan PAS masing-masing mempunyai 37  dan 21 kerusi di Parlimen.


Sumber



Iklan B (ii)












4 comments:

  1. xdak apa yang menyedihkan ??? itu semua alasan nk menghalalkan tindakan xmnyokong PAS..kta xhairan klau bkn islam yg menentang tp klau kamu islam yg xmnyokong undang2 islam..itu sesuatu yg luar biasa..!!! Mmg dasar parti yg xpunyai halatuju..brjuang tuk individu dn kepntingan ahli keluarga sahaja...!!!! Takut ngan DAP ke????

    ReplyDelete
  2. Lantak kaulah, kau jawablah depan Allah nanti. Kami org2 PAS dah jelas siapa PKR sebenar. Cukup atau tak cukup majoriti mudah dlm parlimen nanti itu adalah Ilmu Allah, jika Allah berkehendakannya ianya tetap lulus.. Untuk PKR dan Admin tolong meng"hayati" Islam bknnya ikut logik akal yg tak berapa cerdik tu..

    ReplyDelete
  3. Bukan berita sedih tapi berita kebenaran itu pahit.

    ReplyDelete
  4. Kalau bagitau lebih awalpun, adakah PKR akan sokong?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...