Tuesday, 31 March 2015

Lagi Berita Menjengkelkan Rakyat Malaysia Tersebar


Lagi Berita Menjengkelkan Rakyat Malaysia Tersebar. Polis hari ini menangkap penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq mengikut Akta Hasutan berhubung laporan di portal berita itu berhubung undang-undang jenayah Islam atau hudud.

Kedua-duanya ditahan apabila tiba di balai polis Dang Wangi pagi ini bagi direkodkan kenyataan mereka selepas terdahulu, tiga pengarang kanan TMI ditangkap petang semalam.

Polis berkata mereka akan memohon perintah reman ke atas Ho dan Jahabar dan tiga pengarang lain iaitu Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Amin Shah Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong.

Tangkapan ini nampaknya lebih daripada sekadar laporan kami mengenai artikel hudud," kata Jahabar sebelum ditangkap."Walaupun tangkapan dibuat, TMI akan terus membuat laporan tanpa takut atau pilih kasih. Urusan akan diteruskan seperti biasa," katanya.

Lagi Berita Menjengkelkan Rakyat Malaysia Tersebar

Ketiga-tiga mereka yang ditangkap di pejabat TMI di Mutiara Damansara semalam dijangka dibawa polis untuk mendapatkan perintah reman daripada majistret pagi ini.Kelima-lima mereka ditangkap berhubung laporan diterbitkan TMI pada 25 Mac, memetik sumber, mengatakan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Undang-undang persekutuan itu perlu dipinda bagi membolehkan kerajaan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.Menurut artikel itu, cadangan meminda Akta 355 itu dibuat dalam satu laporan Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dianggotai pegawai agama kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan persekutuan.

Artikel itu melaporkan, JTH menyediakan laporan itu untuk dipertimbangkan Majlis Raja-raja tetapi ia tidak dibawa ke mesyuarat majlis itu pada 11 Mac.Majlis pada 26 Mac membuat laporan polis menafikan Persidangan Raja-raja membincangkan perkara itu dan menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud Kelantan.

Pemuda Umno Kedah membuat laporan polis terhadap TMI. Ahli Parlimen Barisan Nasional juga memperkatakan mengenai portal itu di Parlimen sementara Utusan Malaysia menyiarkan beberapa laporan menggesa tindakan diambil terhadap TMI.The Edge dan TMI sebelum ini juga menyiarkan laporan berhubung masalah dihadapi syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).




Iklan B (ii)











3 comments:

  1. Apa yang menjengkelkan?

    ReplyDelete
  2. Kata2/tulisan tu
    lebih tajam dpd pedang/senjata...selamatkan Malaysia dpd kominis

    ReplyDelete
  3. Hoi...TE, TMI lagi menjengkelkan dan memualkan ditambah bau hancing atas kegemaran memfitnah dan berdusta ! ! !

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...