Tuesday, 3 March 2015

Rupanya Ini Barua Dalam PAS Yang Sebenar?.. Saksikanlah


Rupanya Ini Barua Dalam PAS Yang Sebenar?. Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan “barua” yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.

“Tanya (Nik) Abduh-lah, sebab dia yang cakap. Kalau dia kata ada barua dalam PAS, dia kena buktikan.

“Setahu saya tidak ada barua dalam PAS. Saya pun nak tahu (siapa). Kita sama-sama nak tahu,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Nik Abduh mendakwa terdapat "barua” di kalangan ahli PAS yang lebih taat setia kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti itu sendiri.

Rupanya Ini Barua Dalam PAS Yang Sebenar?

Nik Abduh  yang juga anggota parlimen Pasir Mas mendakwa, kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hanipa hari ini menjelaskan, apa yang berlaku dalam PAS hanya perbezaan pendapat seperti lazimnya dalam mana-mana parti politik.

"Bila berlaku pemilihan ia semakin rancak.

“Muktamar ini macam perlawanan persahabatan, kadang-kadang ada yang main kasar kena juga kad merah. (Ini) normallah dalam parti,”katanya.

Hanipa ketika ditanya sama ada menjadi antara individu yang mahu menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjawab “tidak mahu melayan khabar angin”.




Addin:

Siapa yang tuduh orang barua tanpa disediakan bukti kukuh.. sebenarnya dialah yang barua.



Iklan B (ii)








4 comments:

  1. lepas ni bila PRU 14 nanti ustaz ustaz nak bertanding kenalah buat banyak ceramah sensasi bagi mengedarkan karung karung kutipan derma untuk bayar wang pertandingan PRU ya ! Aku x bagi dah walau seduitpun.

    ReplyDelete
  2. Sapa yang terasa tuduhan 'barua' tu seakan memperli dia..; maka DIA lah sebenarnya BARUA itu...

    Hehehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam satu kem aje.... hehehehe

      Delete
  3. yg saya nak tahu siapa chop atas dahi mereka dan mengesahkan ulamak2 pas ni betul2 ulamak...ulamak jenis apa nak dakap umno yang pijak kepala mereka dah lebih 50 tahun?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...