Friday, 6 March 2015

Identiti Sekumpulan Lelaki Memukul Dr. Dzulkefly Ahmad Terbongkar?


Identiti Sekumpulan Lelaki Memukul Dr. Dzulkefly Ahmad Terbongkar? Pemimpin PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di depan rumahnya dekat Shah Alam awal pagi ini.

Sahabat baiknya Datuk Kamarudin Jaffar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, Dzulkefly ketika ini sedang membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan selepas ini.

Kesan kejadian itu, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.

"Salah seorang daripada mereka sempat berkata 'kenapa kurang ajar' ketika mereka memukul Dr Dzul," kata Kamarudin yang juga seorang AJK PAS Pusat.

Identiti Sekumpulan Lelaki Memukul Dr. Dzulkefly Ahmad Terbongkar?

Baru-baru ini, Dzulkefly yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu menyuarakan kebimbangan sama ada ulama dan profesional di dalam parti Islam itu masih boleh bekerja bersama dan melahirkan rasa "sudah hilang hormat" terhadap golongan ulama.

Ia susulan resolusi yang dibuat Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS pada Sabtu, 21 Februari.

"Saya ingin melahirkan rasa sedih bercampur geram yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam multaqa kali ini. Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soalnya ketika bercakap kepada The Malaysian Insider.


Sumber






Addin :

Addin teringat kisah bagaimana berlakunya peperangan antara saidina ali n aisyah ra...peranan yg dimainkan oleh orang munafiq sehingga berlakunya peperangan...



Iklan B (ii)












6 comments:

  1. mungkin ada dikalangan penyokong yang wala' UG akan tepuk tangan,sebab dr zul telah mencabar ustaz2 haraki untuk berdialog.mungkin akan kata 'nilah kalau memcabar ulama kan dah bala' cuma andaian aku saja.

    ReplyDelete
  2. sama-samalah kita menanti saat terkuburnya PAS.

    ReplyDelete
  3. memukul org berlainan pendapat itu sebahagian dpd HUKUM HUDUD ke?

    semuga siasatan dpt mengenal pasti samseng terlibat.

    tak semesti dpd org PAS, boleh jadi org luar menyamar utk memburukkan lagi dalaman PAS.

    lepas ni dalang mungkin pukul ulamak PAS pula utk semarakkan lagi perselisihan.

    semua munafik dan agen2 syaitan dlm PAS dihancur binasakan Allah , tak kira siapa mereka.

    ReplyDelete
  4. Orang yang pukul tu pengecut dayus! Ni lah sikap orang tah tak ada otak

    ReplyDelete
  5. Sebab mulut badan binasa , lidah lagi tajam dari pisau berhati hati bila berkata kata.

    ReplyDelete
  6. Tu la Pas akan terus terpahat di hati rakyat bawahan. Profesional akan datang dan pergi dan ada yang pergi menyeberang.Pergi tak kembali dalam pelukan benci ulama.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...