Friday, 13 March 2015

Geng Ulama PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Terlambat


Geng Ulama PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Terlambat. Sikap pihak tertentu yang terus mencanangkan kesempurnaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa mendedahkan kelemahan presiden PAS itu hanya akan membawa kerosakan kepada parti, kata Mohamed Hanipa Maidin.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata, pimpinan perlu berani menyatakan masalah yang sedang dihadapi parti bagi membolehkan ia diselesaikan.

“Saya sering tegur dalam mesyuarat, mereka yang rosakkan presiden PAS ialah mereka yang menyokong presiden bawa rebah,” kata ahli Parlimen Sepang itu pada sebuah forum bertajuk “Ke mana PAS tanpa Tuan Guru Nik Aziz”, anjuran portal Malaysiakini di Petaling Jaya, malam tadi.

“Mereka tidak mahu menyatakan presiden ada kelemahan, berasakan presiden semuanya sempurna. Inilah golongan yang merosakkan PAS. Dia tahu presiden lemah tetapi tak menyuarakannya.”

Hanipa berkata apa yang berlaku kepada Hadi kini mirip sebagaimana yang digambarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menerajui kerajaan.

Katanya, Dr Mahathir pernah menceritakan segala apa yang dilakukannya dianggap betul kerana tiada siapa yang berani menegur.

“Beliau juga menceritakan bagaimana dalam sebuah kerajaan, apabila raja terlampau takut ditegur, suatu hari raja berbogel, orang boleh kata cantik, padahal raja berbogel,” katanya.

Hanipa yang juga seorang peguam itu turut mengulas kenyataan mursyidul am PAS yang baru Datuk Haron Din yang menggesa Hadi dikekalkan sebagai presiden.

Geng Ulama PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Terlambat

Katanya, kenyataan Haron itu berbeza dengan pendirian yang dipegang selama ini oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ini bagi saya tidak sepatutnya keluar daripada mulut mursyidul am yang menggantikan Nik Aziz. Saya bukan tak hormat Haron tetapi kita perlu hormat mereka yang mendraf perlembagaan PAS.

“Jangan kita menganggap perwakilan seolah-olah tiada nilai dalam PAS sehingga terus dihimpit mesti pilih (calon tertentu). Maknanya kita tak hormat perlembagaan PAS sedangkan kewujudan mursyidul am pun daripada perlembagaan PAS,” katanya.

Semalam, Haron menyifatkan belum tiba masanya untuk menukar presiden PAS dan ahli parti itu perlu taat kepada Hadi.

“Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli PAS rasa belum perlu tukar presiden.


Hanipa berkata ulama PAS pada hari ini walaupun arif dalam soal hukum-hakam agama tetapi mereka gagal memahami landskap politik semasa.

Geng Ulama PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Terlambat

Katanya, golongan berkenaan hidup dalam dunia yang mereka bina sendiri dan terkepung dalam ketakutan serta kegelisahan.

“Mereka yang balik dari Timur Tengah, kalau daripada segi menghafaz, tafsir hadis dan al-Quran ini sempurna tetapi gagal memahami realiti. Kalau tanya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dia pun tak tahu 1MDB. Ini realiti dalam PAS.

“Sekarang ini kepelbagaian dianggap satu ancaman dan menyusahkan maka lahirlah istilah ‘walla’ dan sebagainya,” katanya.

Forum yang turut dibarisi panelis seperti Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib, Pengerusi Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa dan Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar itu turut dihadiri kira-kira 50 orang semalam.

Forum itu dipengerusikan oleh Pengarang Malaysiakini Jimadie Shah Othman.




Addin:

Sebagai ahli PAS.. Addin totally agreed dengan kenyataan Hanipa Maidin..


Iklan B (ii)












5 comments:

  1. klu tanya kambing apa keburukan rimau byk la kambing cakap...knp dlm majlis ni xde wakil org ulama?

    ReplyDelete
  2. rocky the great brown unused dick says: kenapa tak panggil IGP bagi dia punya pendapat? elok panggil peniaga Pakistan & Bangla jadi panel kehormat, nak jugak tau apa pemandangan mereka (maklumlah, setiap pendatang haram masok Malaysia dianggap warga Malaysia.. kan gitu )

    ReplyDelete
  3. Ha ha, soalan maut untuk para ulama UG, "Dalam satu bilion ada berapa angka kosong?"

    ReplyDelete
  4. Igt lepas ke soalan mungkar nakir kly dpt jawab brp 0 dkt 1 bilion?soalan maut konon..

    ReplyDelete
  5. Mereka yang memahami langskap politik hari ini pula kurang memiliki tasauf agama. Presiden sentiasa boleh ditegur cuma bukan pada media....Jangan nanti mereka ini
    terperangkap dengan kebijaksanaan sendiri.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...