Tuesday, 10 March 2015

Gambar Menarik Sekitar Penamaan Calon PRK DUN Chempaka


KOTA BHARU – Jentera Pas sedia membantu Pas Kelantan dalam mengekalkan tradisi kemenangan di Dun Chempaka selepas ditinggalkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, maklum balas positif itu diterima selepas beliau mendapat arahan mewakili badan induk PRK parti itu untuk memaklumkan perkara demikian kepada wakil-wakil jentera negeri yang terlibat.

“Alhamdulillah, kita dapat maklum balas yang memberangsangkan, mereka (jentera luar) menyebut bahawa Dun Chempaka ini mempunyai nilai sentimental tersendiri, malah lebih bernilai dari kawasan lain.

“Mereka dapat merasai keberadaan arwah dalam setiap aktiviti walaupun telah pun kembali ke rahmatullah, mereka bersedia untuk bantu kita di sini nanti,” katanya dalam ucapan pengumuman calon Pas untuk PRK Dun Chempaka kelmarin.

Beliau hadir bersama kepimpinan Pas negeri di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) dan mengumumkan Bendahari Pas Pengkalan Chepa, Ahmad Fathan Mahmod sebagai calon PRK Dun Chempaka.

Menurutnya, Allahyarham pernah berpesan kepadanya, politik bukanlah untuk menjadikan seorang itu kaya, tetapi ia adalah satu perjuangan, iaitu untuk menegakkan Islam dan bawa mesej yang baik ke seluruh alam.

Beliau juga memberitahu, harapan dan impian untuk ke Putrajaya juga membawa mesej yang sama, iaitu menyebarkan Islam.

Mengulas mengenai pemilihan Ahmad Fathan sebagai calon kali ini, beliau berkata, Ketua Urusan Ulama Dun Chempaka itu adalah calon terbaik menjadi pilihan parti bagi menyambung legasi kepimpinan Allahyarham Nik Aziz sebelum ini.

“Mengikut prosedur, seseorang calon mesti melalui proses teliti. Alhamdulillah melepasi tapisan semua sekali dan layak,” katanya.
























Berita Ini Perkembangan Terbaik Buat PAS. PAS kawasan Kota Baru mencalonkan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden parti dalam muktamar PAS ke-61 yang akan datang Jun ini.


Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kota Baru malam ini membuat keputusan tersebut selepas mendapat mandat mesyuarat agung PAS kawasan Sabtu lepas.

Yang Dipertua PAS Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, ketika bercakap dengan The Malaysian Insider berkata, buat masa ini hanya jawatan presiden sahaja diputuskan.

"Saya penuh yakin presiden akan menerima baik cadangan ini kerana ia bertujuan menyatukan parti," kata Rahim yang mempengerusikan mesyuarat AJK PAS Kota Baru itu.

Katanya, 11 daripada 13 AJK yang hadir ke mesyuarat itu menyokong pencalonan Tuan Ibrahim.

Berita Ini Perkembangan Terbaik Buat PAS

"Tindakan kami ini atas keyakinan untuk menjaga perpaduan parti.

"Kami yakin pencalonan Tuan Ibrahim ini satu tokoh yang tidak kontroversi dan mendapat kepercayaan dari Tuan Guru Haji Hadi sendiri. Kami masih berkeyakinan ulama masih perlu memimpin parti," kata Wan Rahim

Mesyuarat agung PAS kawasan Kota Baru Sabtu lepas memberi mandat kepada AJK PAS yang baru dipilih mencalonkan barisan kepimpinan PAS untuk pemilihan Jun ini di Shah Alam.

Kota Baru merupakan kawasan pertama mengadakan mesyuarat agung menjelang muktamar agung tahunan parti Islam itu.



Addin:

Setuju dengan tindakan PAS Kota Bharu, bagi meraikan demokrasi setiap kawasan boleh mencalonkan pemimpin yang lebih berkaliber yang mampu bawa PAS keluar dari kemelut yang dihadapi sekarang. 

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah calon yang paling sesuai, beliau dilihat mampu mendamaikan 2 golongan yang bergeseran ini.


Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...