Tuesday, 3 March 2015

Berita Gempar Hari Ini


Berita Gempar Hari Ini. Pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan, pihak yang bertembung dalam parti Islam itu supaya berpisah secara baik dengan menubuhkan parti baharu kerana bukan semua perpecahan dan perceraian itu negatif.

Dalam tulisannya hari ini, Zuhdi berkata jika pihak yang bertelagah dalam PAS mahu terus bersama, ia juga tidak semestinya positif.

"Saya melihat dari sudut lain yang lebih kreatif, penubuhan parti baru oleh PasMa adalah sebagai sebuah inovasi politik, meskipun natijahnya PAS akan berpecah dua," kata Zuhdi merujuk kepada Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa.

Zuhdi berkata beliau pernah menyebut perkara itu kepada presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, dan setiausahanya Taib Ahmad, sewaktu berwacana di Kedah.

"Kedua mereka menyambut baik saranan saya supaya ada keberanian politik tersebut," katanya.

Zuhdi berkata, kemungkinan kumpulan yang membentuk sebuah entiti politik baharu menjadi seumpama AK Party pimpinan Recep Tayyib Erdogan dan Abdullah Gul di Turki.

"Tidak mustahil mereka akan menguasai Putrajaya dan bukan PAS yang masih mengekalkan pegangan dan pendekatan yang asal.

"Boleh jadi inilah yang dinamakan sebagai inovasi politik, sehingga membenarkan apa yang disebut sebelum ini, perpecahan dan perceraian itu bukan semuanya negatif," kata Zuhdi yang sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila mencadangkan kerjasama antara PAS dengan Umno melalui perbincangan dalam kumpulan WhatsApp.

Berita Gempar Hari Ini

Menurut Zuhdi, sejak 1998 apabila PAS menjadi begitu terbuka menerima ahli pelbagai latar belakang, sedikit demi sedikit situasi normal yang berlaku dalam PAS berubah menjadi "abnormal".

Situasi ini bermula dengan perselisihan pandangan di kalangan pimpinan PAS daripada perkara yang bersifat pendekatan sehingga kepada dasar perjuangan.

"Sebagai contoh, awal kurun ke 21, berlaku perselisihan ketara antara pimpinan PAS tentang dokumen Negara Islam, sama ada perlu dikemukakan kepada masyarakat atau tidak," katanya.

Semenjak itu, kata Zuhdi, boleh dikatakan setiap kali timbul sesuatu isu, akan disusuli dua pandangan yang berbeza, seperti sikap PAS terhadap pendukung hak asasi manusia versi Barat, keperluan PAS bertindak mencegah kemungkaran dan yang terakhir, keperluan Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud.

Menurutnya, sejak 1998, PAS berada dalam kemelut ini yang boleh disamakan sebagai "situasi abnormal" dalam dunia ilmu atau sains.

Bagi beliau, selepas 15 tahun, ia juga boleh disifatkan sebagai perubahan kognitif dalam PAS, maka boleh jadi sudah tiba masanya berlaku perubahan institusi.

Menurut Zuhdi, mereka yang membawa pegangan dan pendekatan baharu, dan mencabar pegangan dan pendekatan asal PAS, merupakan kumpulan yang sebelum ini terlindung.

"Hari ini, permukaan ‘bongkah ais’ kumpulan ini muncul di permukaan, bernama PasMa. Manakala yang tenggelam di bawah air masih belum kelihatan secara jelas," katanya.

Dr Mujahid Yusuf Rawa pernah menyebutnya sebagai "PAS Baru" dan baru-baru ini beliau menyebutnya sebagai kumpulan "Progresif", tulisnya lagi.

"Bilamana saya menyebut, kumpulan ini wajar mempamerkan keberanian politik untuk menubuhkan parti baru, ia bermaksud sudah sampai masanya perubahan kognitif itu diterjemahkan kepada perubahan institusi," kata beliau.

Berita Gempar Hari Ini

Pegangan dan pendekatan baharu dan progresif ini tidak akan ke mana sekiranya ia dibawa dalam PAS, kerana pasti ada penentangan terhadap kumpulan ini, katanya.

Pertembungan antara kedua-dua kumpulan ini akan meneruskan situasi abnormal yang bersifat perubahan kognitif ini tanpa titik noktah, maka selamanya kemelut ini tidak berpenghujung.

Akan tetapi, katanya, sekiranya ada keberanian politik dari pihak yang membawa pegangan dan pendekatan baharu atau progresif dengan menubuhkan parti baharu, tidak mustahil berlaku pula perubahan institusi yang kemudiannya membawa lonjakan paradigma.

"Banyak pihak dalam PAS melihat saranan itu tidak wajar dan bukan penyelesaian kepada kemelut yang ada.

"Mereka mencadangkan supaya dimurnikan semula perselisihan yang timbul, dicarikan titik pertemuan antara kumpulan yang bertelingkah, dibuat pertemuan mahabbah dan cadangan yang lain," kata Zuhdi merujuk kepada penolakan terhadap cadangan beliau itu

Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...