Wednesday, 18 March 2015

Berita Terkutuk Hari Ini..


Berita Terkutuk Hari Ini.. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan usul tergempar bagi mengutuk tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar susulan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, penahan beliau itu akan memberikan kesan besar kepada semua ahli Parlimen.

"Penahanan saya semalam akan memberi kesan yang amat besar kepada semua ahli Parlimen.

"Kita melihat ketua polis negara tidak mengambil kira impak dan kesan serta kuasa termasuk imuniti ahli Parlimen dalam membawa suara rakyat," katanya kepada pemberita.

Naib presiden PKR itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga sedang menghina mahkamah dengan menggunakan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Susulan perkara itu, Nurul Izzah berkata, pemimpin PR akan mengemukakan usul di Dewan Rakyat atas prinsip pemisahan kuasa.

"Kami akan mengusulkan sebuah usul tergempar di Dewan Rakyat menerusi prinsip Perlembagaan Persekutuan dan prinsip pemisahan kuasa dengan mengutuk tindakan polis yang menghina mahkamah, bukan sahaja dalam hal akta perhimpunan awam serta penggunaan Akta Hasutan," katanya.

Usul itu katanya akan dibawa melalui Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen/Akta 347 (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Berita Terkutuk Hari Ini

"Seksyen 7 akta itu menyatakan tidak ada ahli Parlimen perlu bertanggungjawab terhadap sebarang prosiding sivil atau jenayah berhubung ucapan di Dewan Rakyat," katanya.

Nurul Izzah ditahan semalaman di Lokap Berpusat Jinjang semalam susulan kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan ketika persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau dibebaskan hari ini.

Sebelum Nurul Izzah, turut menerima nasib sama pernah ditahan semalam di lokap ialah Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad susulan penganjuran himpunan #KitaLawan di ibu negara bagi mendesak pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gelang Patang Lim Kit Siang, melihat tindakan pihak polis itu menyalahi bidang kuasa mereka.

"Sangat jelas Ketua Polis Negara berhasrat untuk berperang dengan pemimpin pembangkang dan kita minta supaya Khalid berhenti kerana pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis tidak akan takut," katanya.

Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...