Sunday, 22 March 2015

Berita Sedih Buat PAS.. Saksikanlah


Berita Sedih Buat PAS. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.

Beliau berkata ini berikutan banyak lagi rang undang-undang kerajaan perlu dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang akan berakhir 9 April hadapan.

"Saya difahamkan Speaker Dewan (Tan Seri Pandikar Amin Mulia) sudah menerima rang undang-undang persendirian mengenai hudud ini, tetapi belum tahu sama ada akan dibentangkan atau tidak."

Kerana banyak bill kerajaan seperti rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan Isis akan dibentangkan pada persidangan kali ini."Jadi kita tidak tahu ada masa yang cukup atau tidak untuk dibentangkan," katanya.

Berita Sedih Buat PAS

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau hukum hudud itu terutama maksud dan konsepnya perlu diperjelas dengan mendalam kepada orang bukan Islam.

“Secara peribadi saya menyambut baik hukum hudud itu di kerana sebagai orang Islam kita harus akur pada peraturan yang ditetapkan oleh agama," katanya.

Menurutnya, hukum hudud tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam dan mereka juga tidak menerima sebarang kesan apabila hukum itu dilaksanakan.





Iklan B (ii)












1 comment:

  1. bukan berita sedih buat PAS tetapi buat umat islam, kalau diri tu rasa Islam.HUDUD bukan dari PAS tetapi dari ALLAH

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...