Monday, 9 March 2015

Berita Paling Menggembirakan Buat Macai BN


Berita Paling Menggembirakan Buat Macai BN. Harga baharu gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu.

Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baharu itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.

Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14kg.

"Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.

Berita Paling Menggembirakan Buat Macai BN

"Kita akui sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang," katanya di Kuala Pilah hari ini.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, harga baharu LPG ini akan turut mengambil kira jumlah subsidi diberikan kerajaan, cadangan orang ramai serta kepentingan rakyat.

Ditanya sama ada harga baharu LPG ini lebih rendah atau tinggi daripada harga sekarang, beliau berkata ia bergantung dengan keputusan mesyuarat tersebut.

"Kalau kita sudah buat keputusan pada mesyuarat petang esok maka kita akan umumkan harga baharu LPG ini," katanya.

Iklan B (ii)











6 comments:

  1. jangan risau harga LPG tidak akan naik cuma subsidi yang akan dikurangkan

    ReplyDelete
  2. Apabila di kaji peratus naik harga mmang signifiken dgn BN.......Barang Naik Harga........secara direcnya pemandu teksi tertekan seterusnya pengguna (rakyat)..........tiada cara lain kah kerajaan BN nak Bantu Rakyat...............rakyat bawahan sudah amat tertekan dgn. kos sara hidup harian...........ada yg kais pagi makan pagi...................bantulah kami dan mereka ...................jika x kami dan mereka akan gunakan kuasa kami dgn. sebaiknya .........pada 3 tahun lagi.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. piiiirahhhh. nak guna kuasa kunun... dapat br1m 500 hinggit, langsung lupa "kais pagi makan pagi".... hahahaha.... nama pun meLayu.

      Delete
    2. poorah, kami akan gunakan kuasa kami 3 tahun lagi, nanti bila dpt 1 pelikat+ 1 kampit beras (10) kg, pangkah lagi BN.

      Delete
  3. nak murah pegi gali sendiri la gas tu.. harga gas naik adkah kita akan berenti mkn? aku tgk kedai mkn penuh semacam jugak takdalak dgr org mati tak mkn sbb harga gas naik.. yg jd pengemis sbb harga gas naik pun tak nmpk juga yg ramai warga asing yg mengemis kat sini sbb rakyat msia byk duit blh bg kat pengemis lg.. yg melalak org yg ada motif politik... asal ada isu je melalak cuba la bg idea yg bernas sikit.. mcm mana nak tmbh pendptn ke utk menampung kos sara hidup.. setakat melalak aku pun blh..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...