Tuesday, 3 March 2015

Berita Menyedihkan Buat Harimau Selatan


Juara bertahan Pahang meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga Piala FA selepas menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas terikat 1-1 pada aksi pusingan kedua di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam tadi.

Seawal babak pertama perlawanan, skuad tuan rumah dilihat lebih garang dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke arah kubu lawan, bagaimanapun ia berjaya diserap dengan baik oleh JDT.

Namun pada minit ke-20, Pahang akhirnya berjaya merobek gawang JDT menerusi Matias Conti yang menanduk kencang untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias selepas pemain dari Argentina itu menerima hantaran cantik Dickson Nwakaeme.   

Pada minit ke-38 serangan yang diatur pasukan Harimau Selatan itu hampir memperolehi gol penyamaan bagaimanapun tandukan penyudah oleh Mohamad Fadli Mohd Shas gagal menepati sasaran.

Separuh masa kedua, serangan bertali arus skuad Tok Gajah hampir menambah jaringan pada minit ke-49 namun rembatan deras Mohd Fauzi Rozlan dari dalam kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat, Mohd Farizal Marlias.

Semangat juang pemain JDT ternyata tidak mudah luntur yang berjaya bangkit dengan gol penyamaan pada minit ke-80 menerusi rembatan Hariss Harun hasil dari hantaran sepakan sudut Mohd Nazrin Mohd Nawi.   

Tersentak dengan jaringan, Pahang berusaha bangkit menerusi Nwakaeme, namun sepakan dari dalam kotak penalti yang dilakukan pemain itu hanya meleret melepasi tiang gol lima minit sebelum wisel penamat masa penuh perlawanan ditiup pengadil perlawanan.

Kerancakan perlawanan kemudian terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas 30 minit masa tambahan tetap gagal membuahkan hasil.

Pahang kemudian berjaya melengkapkan kemenangan selepas berjaya menyempurnakan empat sepakan penalti oleh Matias Ruben Conti, Damion Delano Stewart, Zeshan Rehman dan Mohd Razman Roslan.

JDT hanya mampu meledakkan dua sepakan penalti yang diambil Mohd Safee Mohd Sali dan Hariss Harun.




Addin:

Addin sebagai anak jati Pahang mengucapkan tahniah buat pasukan Tok Gajah kerana berjaya menyekat musuh tradisi iaitu JDT. Comeback terbaik setelah kekalahan semasa perlawanan Piala Sumbangsih..



Iklan B (ii)








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...