Thursday, 26 March 2015

Berita Menggemparkan PAS Tersebar


Berita Menggemparkan PAS Tersebar. Walaupun PAS Kelantan meluluskan hudud sebagai undang-undang 22 tahun lalu dan kini cuba menghidupkannya semula sekarang, ia masih tidak boleh dilakukan kerana wujud sekatan undang-undang dan struktur, kata pakar undang-undang.

Walaupun Parlimen meluluskannya kelak, rangka kerja struktur dan jentera menguatkuasaannya tidak ada, seperti polis, hospital dan penjara, bagi menangani jenayah dan hukuman di bawah kanun itu, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Seorang lagi peguam, Norman Fernandez, berkata banyak undang-undang, termasuk Perlembagaan Persekutuan, perlu dipinda untuk sama ada membenarkan agensi persekutuan menguatkuasakan dan melaksanakan hukuman, atau mewujudkan badan baharu melaksanakan kanun itu.

Manakala, bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Khutubul Zaman Bukhari, berpendapat pendakwaan di bawah kanun itu akan gagal apabila pesalah mencabar keperlembagaan undang-undang itu sendiri.

"Terdapat banyak perkara yang tiada dalam rancangan PAS dan nampak seperti parti itu melakukannya secara sembarangan. Terdapat banyak masalah dalam pelaksanaannya," kata Aziz (gambar bawah).


PAS dalam usaha mendapat kelulusan Parlimen menguatkuasakan hudud versi mereka, yang pertama kali digubal pada 1993 di Kelantan tetapi tidak boleh dikuatkuasakan, dan dipinda sekali lagi oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mac.

Berita Menggemparkan PAS Tersebar

Parti Islam yang memerintah Kelantan selama lebih 2 dekad itu sedang cuba melakukannya melalui rang undang-undang persendirian bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Akta ini, juga dikenali Akta 355, mengehadkan skop jenayah syariah yang boleh dihukum, dan ahli Parlimen PAS berhujah ia perlu dipinda agar Kelantan boleh menguatkuasakan undang-undangnya sendiri dalam kes seperti kecurian, pembunuhan dan murtad.

Kanun itu menetapkan hukuman salib, merejam, memotong tangan dan sebatan bagi umat Islam yang melakukan kesalahan seperti rompakan, zina, pembunuhan dan pengambilan alkohol.

Gabungan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) berbahagi dalam menyokong rang undang-undang itu manakala parti komponen Barisan Nasional, kecuali Umno, mengumumkan mereka akan menentangnya.

Isu struktur

Fernandez berkata, rang undang-undang persendirian dibawa PAS tidak memadai dalam menguatkuasakan undang-undang hudud dan qisas.

Ini kerana, pihak polis dan penjara, misalnya, terletak di bawah bidang kuasa persekutuan mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan, katanya.



Addin: 
Yang penting PAS usahakan setakat mana yang mereka mampu, setidak-tidaknya kepada pendokong dan penyokong PAS inilah satu ibadah mulia bagi martabatkan hukum Allah SWT. 


Iklan B (ii)












1 comment:

  1. Aziz Bari, apa sumbangan kamu utk memertabatkan hukum Islam ini. Duduklah bersama dalam jawatankuasa,berilah idea, pandangan, cadangan, kritikan yang membina.

    Oleh kerana kamu dikenali sebagai "pakar" kamu akan dipersolakan lebih dahulu oleh Allah swt di akhirat kelak.

    Janganlah sebagai pakar kamu yang mencari yntuk mengagalkan. Kita tak pernah mendengar dalam dunia ini penganut agama lain mengkondem agama mereka yang mang tidak diperakui Allah swt. Tapi heran sejutakali heran orang yng kononnya mengaku Islamlah yang paling ramai mengkritik, kondem agama mereka yang Allah iktiraf hanya satu2nya, tiada yang lain.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...