Tuesday, 24 March 2015

Berita Menggembirakan Buat Penyokong Pakatan Rakyat?


Berita Menggembirakan Buat Penyokong Pakatan Rakyat? PKR hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) bakal berpecah belah sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal diusulkan PAS di Parlimen, berkenaan hudud Kelantan.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata, situasi itu juga akan menyebabkan parti politik yang kecil di Sabah dan Sarawak terpaksa bersatu dengan parti di peringkat nasional, menjadikan apa yang dibayangkan veteran DAP Lim Kit Siang satu kenyataan.

Lim pernah membayangkan sebelum ini penyatuan parti antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN.

"Kalau Najib bermain-main dalam isu ini untuk pecahkan Pakatan Rakyat (PR), BN sudah pasti akan berpecah," kata ahli Parlimen Pandan itu mengulangi pandangannya sebelum ini yang Umno hanya bersandiwara menyokong PAS dalam isu hudud.

"Saya masih menunggu kenyataan perdana menteri dan timbalan perdana menteri mengenai rang undang-undang persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah ini," katanya.

Berita Menggembirakan Buat Penyokong Pakatan Rakyat?

Bagaimanapun, mengulas spekulasi yang rang undang-undang itu hanya dapat dibentangkan dengan kebenaran perdana menteri, Rafizi berkata beliau yakin Najib tidak akan bersetuju dengannya.

"Saya yakin rang undang-undang itu tidak akan dibawa ke Parlimen kerana ia tidak mendapat kelulusan Najib," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijangka membentangkan usul rang undang-undang persendirian itu sebelum ini berkata, keputusan sama ada ia dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang atau tidak bergantung kepada budi bicara Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya, mengikut Peraturan Mesyuarat, rang undang-undang persendirian hendaklah diusulkan dan perlu mendapat keizinan daripada seorang menteri terlebih dahulu sebelum boleh dibentangkan.

Rafizi semalam mencabar komponen BN membubarkan parti mereka sekiranya masih gagal mendapatkan satu pendirian rasmi daripada Najib sebagai pengerusi BN atau timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung hudud.

Katanya, sandiwara Umno berterusan melalui media di bawah kawalannya yang menyokong penuh pelaksanaan hudud tetapi ia adalah sandiwara Umno untuk memecahkan PR.




Iklan B (ii)












6 comments:

  1. tak payak buat andaian BN akan berpecah, tapi yg jelasnya PR dah pun berpecah. kita tunggu PRK Permatang Pauh nanti, yg pastinya orang-orang Melayu dan PAS tak akan menyokong PKR lagi.
    Orang yg dah mengucap beribu-ribu kali pun sama juga dgn orang yg tak pernah mengucap. Bangsa aje lain tapi pd hakikatnya mereka adalah sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau DAP joint BN PKR di mana?..

      Delete
  2. yg rafizi tak nk sgt hudud napa? pa pandangan org islam dgn kamu ? sbg org islam akmu menolak hudud? tak malu ke ?

    ReplyDelete
  3. SEPATUTNYA KITA SAMA SAMA SOKONG BENDA YANG BAIK BUKANNYA SERONOK

    SEPATUTNYA PAS DAN PKR & BERSATU MENYOKONG USUL HUDUD.

    ENTRI NI DARI YAHUDI KE KRISTIAN

    ReplyDelete
  4. Hukuman untuk jenayah 'Liwat' ape yer..? Hudud ke Takzir? mohon pencerahan...

    ReplyDelete
  5. Apa itu hudud yang nak dibentangkan?
    Semua nak cakap pasal hudud, tapi tahu ke tidak apa itu hudud? Cuba dapatkan dulu maklumat, kalau jahil hudud.
    Apa bezanya hudud yang nak dibawa ke Parlimen dengan hudud yang disaran syariah?
    Tidak setuju sekarang tidak semestinya menolak. Kadang mungkin ianya "Right thing, wrong timing".
    Bagaimana sunah nabi kita buat?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...