Tuesday, 10 March 2015

Berita Ini Perkembangan Terbaik Buat PAS


Berita Ini Perkembangan Terbaik Buat PAS. PAS kawasan Kota Baru mencalonkan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden parti dalam muktamar PAS ke-61 yang akan datang Jun ini.

Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kota Baru malam ini membuat keputusan tersebut selepas mendapat mandat mesyuarat agung PAS kawasan Sabtu lepas.

Yang Dipertua PAS Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, ketika bercakap dengan The Malaysian Insider berkata, buat masa ini hanya jawatan presiden sahaja diputuskan.

"Saya penuh yakin presiden akan menerima baik cadangan ini kerana ia bertujuan menyatukan parti," kata Rahim yang mempengerusikan mesyuarat AJK PAS Kota Baru itu.

Katanya, 11 daripada 13 AJK yang hadir ke mesyuarat itu menyokong pencalonan Tuan Ibrahim.

Berita Ini Perkembangan Terbaik Buat PAS

"Tindakan kami ini atas keyakinan untuk menjaga perpaduan parti.

"Kami yakin pencalonan Tuan Ibrahim ini satu tokoh yang tidak kontroversi dan mendapat kepercayaan dari Tuan Guru Haji Hadi sendiri. Kami masih berkeyakinan ulama masih perlu memimpin parti," kata Wan Rahim

Mesyuarat agung PAS kawasan Kota Baru Sabtu lepas memberi mandat kepada AJK PAS yang baru dipilih mencalonkan barisan kepimpinan PAS untuk pemilihan Jun ini di Shah Alam.

Kota Baru merupakan kawasan pertama mengadakan mesyuarat agung menjelang muktamar agung tahunan parti Islam itu.



Addin:

Setuju dengan tindakan PAS Kota Bharu, bagi meraikan demokrasi setiap kawasan boleh mencalonkan pemimpin yang lebih berkaliber yang mampu bawa PAS keluar dari kemelut yang dihadapi sekarang. 

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah calon yang paling sesuai, beliau dilihat mampu mendamaikan 2 golongan yang bergeseran ini.


Iklan B (ii)











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...