Monday, 16 March 2015

Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan Penjawat Awam.. Saksikanlah


Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan Penjawat Awam.. Saksikanlah. Bahkan dengan elaun sara hidup (Cola) sebanyak RM300 dan perumahan RM180, secara kasarnya gaji bersih yang diperoleh mereka hanya sekitar RM1,285 dan RM1,300.

"Gaji mereka hanya cukup menyewa bilik di KL, JB, Shah Alam malah Klang," kata Azih merujuk kepada kadar bayaran sewa sekitar RM600 hingga RM800.

"Bukan saja bandar besar, sesetengah tempat seperti Bintulu (Sarawak) kadar sewa bilik adalah RM500 sebulan," katanya.

Azih berkata, kebiasaannya latar belakang keluarga mereka adalah golongan muda, hanya seorang saja yang menyara dan kebiasaannya suami, ada seorang anak atau tiada, dan berhijrah dari luar bandar.

"Jadi dalam satu rumah teres setingkat dengan 3 bilik tidur, 1 keluarga akan sewa satu katil. Suami, isteri dan anak semuanya bersempit-sempit dalam 1 bilik tidur.

Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan Penjawat Awam.. Saksikanlah

"Apabila saudara mara keluarga A datang melawat dan perlukan ruang lebih besar, keluarga B atau C akan berpindah keluar sementara dan tinggal tempat lain.

"Apabila saudara mara keluarga B pula datang melawat, giliran keluarga A pula keluar," katanya.

Terdapat kira 300,000 kakitangan berpangkat G11 seluruh negeri, kata Azih (gambar bawah).


Jumlah itu tidak termasuk guru, anggota polis, tentera dan kakitangan kesihatan, mereka adalah golongan majoriti di setiap jabatan kerajaan.

"Ini sebab kami sering mendesak supaya kuota rumah kos rendah dihapuskan bagi penjawat awam. Perumahan tidak boleh hanya diberikan kepada sektor swasta tetapi perlu dijadikan tanggungjawab sosial kerajaan," katanya.

Ceupacs sebelum ini sering menekankan isu gaji rendah penjawat awam.

Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan Penjawat Awam.. Saksikanlah


Minggu lalu, beliau turut mendesak kerajaan menilai semula elaun seperti Cola, perumahan, perjalanan dan daerah, supaya setimpal dengan kadar semasa harga barangan.

Azih pada 7 Mac lalu dilaporkan berkata, kerajaan masih belum mengumumkan sama ada mereka akan menyemak semula elaun walaupun perdana menteri membenarkan supaya satu kajian dilakukan.

"Tidak ada gunanya jika kamu ambil masa terlalu lama menyiapkan kajian kerana kos sara hidup semakin meningkat. Kerajaan perlu buat keputusan segera," katanya seperti dilaporkan Bernama.



Iklan B (ii)











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...