Tuesday, 31 March 2015

Berita Gembira Buat Penyokong Pakatan Rakyat


Berita Gembira Buat Penyokong Pakatan Rakyat. Pemimpin PKR dan aktivis yang ditahan polis berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada Sabtu lalu dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.

Mereka ialah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa, serta aktivis politik Hishamuddin Rais.

Mereka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur terlebih dahulu, menurut PKR.

Berita Gembira Buat Penyokong Pakatan Rakyat.

Rafizi ditahan petang Jumaat dan Hishamuddin pada malamnya, ketika satu ceramah perdana yang merupakan sebahagian agenda #KitaLawan diadakan di Dataran Merdeka.

Fariz, yang juga koordinator Jingga 13, merupakan yang pertama ditahan pada Sabtu, selepas perhimpunan itu selesai dijalankan secara aman.




Iklan B (ii)












No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...