Friday, 27 March 2015

Berita Malang Buat Rakyat Malaysia


Berita Buruk Buat Ahli Akademik. Universiti di Malaysia gagal menduduki senarai 7 universiti baru paling pesat membangun di dunia yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) biarpun negara jiran, Singapura melalui Universiti Teknologi Nanyang (NTU), memperoleh tempat pertama walaupun baru berusia 24 tahun.

Senarai itu melibatkan institusi pengajian tinggi di bawah usia 50 tahun yang semakin meningkat naik dalam kedudukan 400 universiti teratas dunia THE sejak 2011, dan di kalangan 100 universiti terbaik di bawah umur 50 tahun.

Bagaimanapun, sementara NTU yang ditubuhkan pada 1991 berjaya meningkat 108 tempat dalam Rangking Universiti Dunia THE dalam tempoh 4 tahun, tiada universiti di Malaysia memecahkan rekod berkenaan.

Fran Langdon, seorang wakil THE, memberitahu The Malaysian Insider keadaan itu sebahagiannya disebabkan hakikat yang banyak institusi Malaysia enggan mengemukakan data mereka untuk digolongkan dalam ranking itu.

"Bagaimanapun, melihat kepada universiti di Malaysia yang menyerahkan data kepada kami (walaupun malangnya mereka tidak menunjukkan prestasi cukup kuat untuk disenaraikan), secara umumnya, universiti Malaysia menerima markah agak rendah untuk reputasi dan juga untuk citation," kata Langdon, sambil menambah dua faktor itu merupakan indikator paling penting dalam Rangking Universiti Dunia THE ini.

Berita Buruk Buat Ahli Akademik

"Satu isu yang membimbangkan bagi Malaysia secara keseluruhan ialah, boleh dikatakan kurangnya perhubungan dengan ranking dunia. Kami dapati sesetengah universiti di Malaysia masih belum sedia berkongsi data, yang saya rasakan satu peluang besar yang dilepaskan.

"Keengganan untuk terbuka tentang data mereka bermakna kita tidak boleh mengukur mereka dibandingkan dengan rakan mereka di pentas pendidikan dunia, ini satu kerugian besar."

Bagaimanapun, Langdon berkata, ketidakupayaan Malaysia menduduki senarai institusi muda paling pesat membangun itu "tidak mengejutkan" kerana hanya 7 institusi yang cukup syarat menduduki senarai itu.

Di tempat kedua ialah Universiti Maastricht, Belanda, yang meningkat 96 tempat sejak Rangking Universiti Dunia THE 2011, diikuti Universiti Warwick, yang naik 54 tempat.

Seterusnya ialah Korea Advanced Institute of Science and Technology yang naik 42 tempat, diikuti Pompeu Fabra University, Sepanyol, École Polytechnique Fédérale de Lausanne, Switzerland dan Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, yang masing-masing naik 21, 12 dan 11 tempat.

Putrajaya mempertahankan kedudukan suram universiti di Malaysia dalam penilaian ranking global tersebut dengan merujuk kepada hasil yang diperolehi sesebuah institusi pengajian tinggi pada usia muda, namun Pengarang THE Phil Baty sebaliknya menjelaskan senarai itu membuktikan universiti tidak perlu mengambil masa lama untuk menjadi bertaraf dunia – ia perlu lebih berani. 




Iklan B (ii)












1 comment:

  1. Kalau asyik ikut telunjuk ahli politik bangang maka banganlah jadinya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...