Thursday, 26 February 2015

Umno Pembela Rakyat.. Ini Bukti Terbaru


PKR hari ini mempersoalkan sikap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang lebih mementingkan rungutan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengenai harga dandanan rambut daripada mengutamakan hal membabitkan kepentingan rakyat.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengulas reaksi timbalan menteri kewangan terhadap aduan isteri kepada Datuk Seri Najib Razak yang terpaksa membayar lebih mahal kerana tiada kawalan caj perkhidmatan perniagaan di rumah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, sikap yang ditunjukkan Ahmad melihatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai kepentingan paling utama.

"Persoalannya, adakah hanya sekiranya harga dandanan rambut isteri menteri naik, barulah tindakan akan diambil untuk memantau?" soal ahli Parlimen penggal kedua itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagaimana pula nasib orang-orang kelas pertengahan dan rendah akan terus dihimpit tekanan kos sara hidup yang tinggi. Di manakah hilangnya slogan 'Rakyat Di Dahulukan?'"

Kebimbangan mengenai tiadanya kawalan harga bagi caj perkhidmatan di rumah seperti tempahan baju, dandanan rambut dan solekan di bangkitkan Rosmah dalam satu sesi penerangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti), Isnin lalu.

Rosmah berkata, oleh kerana tiadanya kawalan penetapan harga bagi caj perkhidmatan tersebut, beliau dikenakan sebanyak RM1,200 setiap kali ingin mendandan rambut.

Ahmad yang hadir memberi penerangan mengenai GST berkata kepada media selepas itu, ia merupakan satu cadangan yang baik dan kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan bagi menangani isu itu.

Nurul Izzah menentang tindakan kerajaan yang mengabaikan tanggungjawab sosial kepada rakyat melalui pelaksanaan GST pada April ini.

"Lebih memburukkan keadaan adalah apabila buku-buku dan ubat-ubatan juga tidak disenaraikan sebagai barangan berkadar sifar di bawah rejim GST," katanya.

Katanya kerajaan perlu sedar sebelum ini pelbagai pihak menyuarakan kebimbangan mengenai pelaksanaan GST akan meningkat harga barangan termasuk ubat-ubatan dan buku.

"Januari lepas, Malaysian Pharmaceutical Society (MPS), Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA), Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI) dan Malaysian Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) mengeluarkan kenyataan sebenarnya hanya 320 jenis ubat sahaja yang dikadarkan sifar di bawah GST," katanya.

Katanya sebagai contoh mengikut GST, paracetamol yang dihasilkan pelbagai syarikat dikira sebagai 17 ubatan berlainan oleh kerajaan.

"Pesakit Malaysia yang menggunakan penjagaan kesihatan swasta yang memerlukan bantuan perubatan seperti tongkat, kerusi roda, kaki palsu dan alat bantuan pendengaran pastinya perlu membayar caj tambahan apabila GST dikuatkuasakan.

"Terdapat juga ubat-ubat kawalan yang digunakan untuk merawat pesakit kanser, penyakit buah pinggang dan pesakit HIV yang dikenakan cukai GST dan akan meningkatkan kos ubat-ubatan," katanya.

Beliau berkata, harga ubatan menyaksikan peningkatan di antara 20% dan 50‎% pada 2014 dan dijangka bakal naik mendadak pada tahun ini.

"Bagaimana pula dengan beribu-ribu buku yang dalam genre berbeza seperti fiksyen, bukan fiksyen yang merangkumi pelbagai dimensi pendidikan sejarah, sains, politik, ekonomi.

"Adakah buku-buku ini tidak disenaraikan sebagai sumber ilmu? 47 daripada 51 buah negara menyenaraikan buku-buku sebagai barangan berkadar sifar GST, ataupun memberi kadar istimewa untuk buku-buku, mengapa tidak Malaysia," soalnya.



Iklan B (ii)








1 comment:

  1. setelah membankrapkan negara ini melalui dasar kewangan dan belanjawan yang boros dan jahil, Najib membuka taringnya menghisap duit rakyat melalui GSTnya...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...