Tuesday, 17 February 2015

Sah!! Ini Calon Pakatan Di PRK Permatang Pauh?


Nurul Nuha Anwar menerima tepukan gemuruh dan sorakan berdiri orang ramai apabila anak kedua ketua pembangkang itu tiba di ceramah pertamanya di Pulau Pinang malam tadi.

Hadirin lebih 500 orang berdiri dan bertepuk tangan apabila mereka melihat dia berjalan ke dalam Dewan Sekolah Han Chiang, tempat diadakan majlis penghormatan untuk bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang sedang berucap, menghentikan ucapannya apabila Nurul Nuha melangkah masuk.

Mereka bersorak dengan kuat, menenggelamkan suara Mohamad.

Dengan suaranya lembut, Nurul Nuha, 31, gugup sedikit pada awal ucapan sulungnya di Pulau Pinang itu, kampung halaman bapanya tetapi orang ramai terus bersorak memberi semangat.

Membuka kata, beliau membacakan pesanan daripada bapanya.

"Saya menyampaikan salam papa kepada kalian semua di Pulau Pinang. Beliau meminta kalian tidak berputus asa, dan tidak menyerah kalah dalam memerangi rasuah, kezaliman dan penindasan.

"Semangatnya masih tinggi dan kami harap anda akan berdoa untuknya dan membantunya menghidupkan perjuangan ini.

"Papa ditahan kerana beliau bercakap benar dan menentang rejim ini... mesejnya jelas. Kita akan berjuang sehingga kita dapat membina negara yang lebih baik," katanya, sambil menambah keluarganya merindui Anwar, suara, gurauan dan pelukannya.




Iklan B (ii)








5 comments:

  1. Kerajaan umno bn suka.yg penipu perasuah perogol penyamun semua benda yang tak baik mereka suka.

    ReplyDelete
  2. Hidup Nepotisme!

    ReplyDelete
  3. Elok beri mana-mana kerusi kosong kepunyaan PKR beri pada anak2 Nuar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lingkup bangsa melayu asyek berpecah blah.

      Delete
  4. Baguslah boleh lingkup bangsa melayu, macam tu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...