Thursday, 5 February 2015

Berita Ini Sudah Dijangka Akan Berlaku Seperti Ini


Walaupun laporan polis sudah dibuat terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, polis masih belum merekodkan keterangan menteri pertanian dan industri asas tani tersebut kerana jadualnya yang terlalu sibuk.

Ismail Sabri sepatutnya memberi keterangan semalam, berhubung kenyataannya menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang, bagaimanapun tiada sebarang keterangan direkodkan.

Menurut laporan Malaysiakini, jurucakap polis memberitahu, keterangan menteri tersebut akan direkodkan secepat mungkin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jadual menteri tersebut terlalu padat dan beliau perlu menghadiri mesyuarat Kabinet semalam.

Difahamkan, Ismail Sabri disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat.

Kontroversi tercetus selepas menteri itu menulis kenyataan di Facebooknya, membuat gesaan boikot itu dalam usaha menentang peniaga yang enggan menurunkan harga barang dan membuat keuntungan ketika kerajaan sudah menurunkan harga runcit minyak.

Ismail Sabri juga menyebut tentang restoran kopitiam OldTown White Coffee, dimiliki OldTown Bhd, mengatakan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham memiliki saham di dalamnya.

Susulan kenyataan tersebut, pelbagai pihak mengecam dan membidas kenyataan beliau yang disifatkan berbau perkauman, termasuk parti komponen Barisan Nasional sendiri, MCA dan Gerakan.

Bagaimanapun, Ismail berdiri teguh dengan kenyataannya dan enggan meminta maaf apabila diberi amaran oleh Ngeh.





Iklan B (ii)









1 comment:

  1. Hari tu ada kawan aku ada gelaran Datuk Seri juga.... sibuk... sangat sibuk.... tapi senang-senang je kau orang hantar orang siap bertopeng pi tahan dia macam penjenayah... padahal dia memang dalam perjalanan untuk lapor diri di balai.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...