Friday, 13 February 2015

Rahsia Terbaru Najib Terbongkar Lagi..


Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan kekayaan keluarganya  yang tidak dijelaskan selepas pendedahan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times berhubung pembelian hartanah bernilai tinggi dikaitkan dengan anak tirinya yang juga seorang penerbit filem, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, perdana menteri perlu menjelaskan kekayaan keluarganya dan juga mendedahkan aset serta perbelanjaan mewah keluarga beliau, memandangkan pendapatan tahunan Najib adalah di bawah RM500,000.

"Presiden negara yang paling kaya dan berkuasa di dunia, Amerika Syarikat, mengisytiharkan aset dan perbelanjaan keluarganya setiap tahun di bawah Akta Etika 1978.

"Sudah tiba masanya bagi Najib melakukan perkara yang sama, dalam usaha beliau menjelaskan kekayaan keluarganya  yang tidak dapat dijelaskan, walaupun selepas mengambil kira sebarang kemungkinan harta daripada bapanya, bekas perdana menteri, Tun Abdul Razak Hussein, yang terkenal dengan kesederhanaan," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pad 8 Februari sebuah artikel “Well connected at home, young Malaysian has appetite for New York” mendedahkan kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho dan peranannya sebagai pelabur bagi pelbagai pihak, dan juga hubungannya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB ), yang mengumpul RM42 bilion hutang.

Artikel itu juga mendedahkan "kekayaan luar biasa" daripada keluarga terdekat Najib dan menimbulkan persoalan bagaimana kekayaan itu terkumpul.

Laporan The New York Times menekankan Najib, " memperoleh gaji tahunan kira-kira $100,000 (RM350,000) setahun sebagai perdana menteri, diserang oleh laporan media berkenaan perbelanjaan mewah isterinya".

Laporan itu juga juga menunjukkan contoh satu siri gambar yang memperlihatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor memegang sekurang-kurangnya sembilan beg tangan Birkin yang berbeza, yang biasanya berharga di antara AS$9,000(RM32,000) sehingga AS$150,000 (RM530,000) setiap satu.

Akhbar Amerika Syarikat itu juga melaporkan ia memperoleh invois dan dokumen lain yang menunjukkan berjuta-juta dolar barang kemas – cincin berlian dan zamrud, gelang zamrud dan delima – yang ditempah Rosmah di Hong Kong pada 2008 dan 2009.

The New York Times juga mendedahkan transaksi anak tiri Najib, Riza Aziz, 38, yang membeli sebuah apartmen di Park Laurel, New York bernilai AS$33.5 juta (RM117.5 juta) dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya AS$ 17.5 juta (RM61. 5 juta) secara tunai.

Kedua-dua hartanah dibeli Low yang juga mempunyai kekayaan tidak dapat dijelaskan, lapor The New York TImes.

Riza mengesahkan urus niaga ini dan juga dilaporkan rumah di Beverly Hills dirobohkan untuk dibina semula –satu projek yang menelan belanja jutaan dolar.

"Semua dana ini kepunyaan Riza walaupun hakikat dia sebelum ini hanya menjadi pekerja bank muda di HSBC(Hong Kong dan Shanghai Bank Corporation)," kata Pua.

Anak tiri perdana menteri juga dilaporkan bersama memiliki syarikat Red Granite, yang diasaskan pada 2010 dan sejak itu membiayai filem 'The Wolf di Wall Street' dan 'Dumb and Dumber To'.

Tahun lepas, Red Granite diseret tindakan undang-undang doleh bekas pengeluar 'Dumb and Dumber',yang menuduh Red Granite "dibiayai dengan wang yang hasil kesalahan terhadap sebuah negara asing yang melibatkan sogokan kepada pegawai awam, atau penyelewengan , kecurian, atau penyelewengan dana awam oleh seorang pegawai awam. "

Kes ini diselesaikan secara sulit di luar mahkamah pada tahun lepas.

Pua juga merujuk cerita di laman sesawang Sarawak Report yang diterbitkan tiga hari lalu, mendedahkan Riza gagal mendaftar pembelian harta di Beverly Hills dengan pihak berkuasa cukai California dan mengelak membayar cukai pemindahan harta berkenaan.

"Tidak kira drama di sebalik hubungan antara Low, Riza, Najib dan Rosmah, yang mungkin sesuai dengan skrip Hollywood, hakikatnya terdapat beberapa laporan keluarga perdana menteri menghabiskan dan memperoleh aset global bernilai ratusan juta ringgit.

"Kekayaan dan pola perbelanjaan keluarga sudah pasti kelihatan lebih ‘luar biasa’ walaupun selepas mengambil kira kenyataan Pejabat Perdana Menteri ia sepadan ‘bagi kedudukan seorang perdana menteri, tanggungjawab dan aset warisan keluarga', "katanya.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini mempertahankan kekayaan Najib dengan mendakwa "tiada sebarang wang yang dibelanjakan untuk perjalanan, dan tiada pembelian barang kemas, tiada luar biasa bagi seseorang berjawatan sebagai perdana menteri, tanggungjawab dan harta warisan keluarga."

Iklan B (ii)







6 comments:

  1. terima kasih kerana tuan bersekongkol dengan puak kapir untuk menjatuhkan salah seorang pemimpin islam...semoga tuan mendapat petunjuk-Nya jika tuan dipihak yang benar..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapakah yang TERLAJAK BODOH..???!!!

      Delete
    2. Setakat pemimpin menganut Islam tapi perangai tak serupa Islam, lebih teruk dari bukan pemimpin Islam memangpun wajib dijatuhkandan .Kalau terbukti bersalah patut dihukum.

      Delete
    3. HEI AKU.KOBUKAN SAJA BANGANG.. TAPI TERLAJAK BODOH DAN BEBAL...PEMIMPIN ISLAM X IKUT AJARAN ISLAM ITU YG KO KATA BAGUS...KO NI TERLAJAK BANGANG. X ILMU AGAMA, ILMU EKONOMI ILMU SAINS,, MARTEMATIK DAN MACAM2 ILMU.. YFG ADLMU BODOH KO TU

      Delete
  2. Riza Aziz menabung dari kecil macam Ibu nya sebab itu boleh beli kondo harga hampir RM90 juta

    ReplyDelete
  3. Copy & Paste dari mereka yang di atas:

    Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang dihormati,

    Bolehkah kami buat permintaan, iaitu atas jasa baik Datuk Seri, kami mohon semua stesen televisyen dan radio agar menyiarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sepanjang mlm ini dan esok. Mohon ditangguhkan siaran berunsurkan hiburan sebagai menghormati arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

    Mudah-mudahan jasa Datuk Seri ini akan dicatat sebagai satu amalan pahala di sisi Allah SWT. Amin Copy & Paste dari saudari Di atas : Datuk seri,boleh x sy buat permintaan,atas jasa baik datuk seri tlgla tel kt smua stesen televisyen n radio,suruh diaorg siarkan bacaan ayat2 suci al quran spnjg mlm ni n esok,stop la dlu siaran berunsurkan keduniaan..hormati arwah tok guru..plezzz datuk seri...harap sgt jasa baik datuk.. plss datok..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...