Tuesday, 17 February 2015

Rahsia BN Terbongkar Lagi?


Barisan Nasional (BN) menafikan berniat mengambil alih parti komponen MIC apabila mencadangkan penubuhan seketariat bagi membantu menyelesaikan kemelut dalaman parti itu, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menurut portal MStar hari ini.

Mengulas kenyataan presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetuju dengan saranan itu, setiausaha agung BN itu berkata, pimpinan parti itu tidak berminat untuk campur tangan atau mengambil alih MIC.

"Jangan salah anggap, BN tidak ada niat untuk ambil alih MIC. Kalau dia (Palanivel) tak nak ikut cadangan kita, terpulang kepada mereka," beliau dipetik berkata portal berita tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga dikenali sebagai Ku Nan itu berkata, terpulang kepada MIC untuk memilih sama ada menerima atau menolak tawaran BN itu kerana ia hanya berbentuk cadangan bagi membantu menyelesaikan masalah dalaman mereka.

"Kita (BN) hanya memberi cadangan namun terpulang kepada MIC sama ada untuk mengguna pakai cadangan tersebut," katanya menjawab komen Palanivel semalam mengatakan cadangan itu amat membimbangkan.

Ku Nan berkata di Putrajaya terdahulu semalam yang penubuhan sekretariat khas ditadbir urus oleh BN dicadangkan membantu MIC menjalankan pembersihan dalam bahagian dan cawangan serta mengadakan pemilihan semula parti.

"Ini tidak boleh diterima sama sekali. BN tidak mempunyai bidang kuasa walau apapun untuk mengambil alih pentadbiran atau menjalankan pemilihan parti kerana bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan MIC dan Akta Pertubuhan, 1966," kata Palanivel.

"Walaupun MIC ialah parti komponen BN, MIC masih sebuah parti politik mengikut haknya sendiri dan tertakluk di bawah Perlembagaan parti. BN perlu menghormati perlembagaan MIC dan tidak menceroboh urusan pentadbiran MIC," katanya.

Pada masa sama, Ku Nan juga meminta MIC menerima arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS), mengingatkan yang semua parti komponen harus akur terhadap undang-undang.

Ini merujuk kepada surat yang diserahkan RoS kepada MIC meminta parti itu mengadakan semula pemilihan semua jawatan termasuk mempersoalkan status jawatan presiden.

"Kita tidak ada niat hendak campur tangan. Apa yang kita harapkan mereka akur kepada arahan yang dikeluarkan RoS," katanya.



Iklan B (ii)








1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...