Monday, 23 February 2015

Patutlah Jelajah Shafee Abdullah Tidak Dapat Liputan Media.. Ini Sebabnya


Media tidak dibenarkan membuat liputan atau menulis tentang ceramah peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah di Permatang Pauh yang merupakan kawasan Parlimen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.

Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan, sedang mengadakan siri jelajah bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat 11 terhadap Anwar.

Ceramah tersebut yang dinamakan 'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah’, dianjurkan oleh NGO pro-Umno, Kelab Warisan Mutiara Pulau Pinang.

Penganjur ceramah itu meminta pemberita meninggalkan dewan di Politeknik Seberang Perai sebelum ia bermula.

Beberapa ratus orang hadir (lihat gambar di atas) untuk mendengar Shafee menjelaskan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar atas tuduhan liwat.

Shafee Abdullah telah dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mewakili pihak pendakwa dalam rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari, yang didengar oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

"Kami diminta keluar dan jika tidak, kami akan diiring keluar.

“Bagaimanapun, kemudiannya, mereka membenarkan kami hadir untuk mendengar (ceramah itu) dan gambar kami diambil," tambah wartawan itu.

Sementara itu, kira-kira 50 penyokong Anwar berhimpun membantah ceramah Shafee malam ini.


Mereka yang diketuai oleh pemimpin Pemuda PKR Pulau Pinang, Khairul Annuar Kamaruddin; Ketua Permatang Pauh, Amir Ghazali dan penyelaras PasMa negeri Zulkifky Lazim berkumpul di hadapan pintu masuk Politeknik Seberang Prai sejak jam 8 malam.

Mereka membawa sepanduk dengan kata-kata terakhir Anwar di mahkamah "Saya tidak akan menyerah".

Mereka turut melaungkan slogan "Reformasi, keadilan untuk Altantuya (Shaariibuu)" dan seruan "Lawan Tetap Lawan".

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin tiba di tempat itu kira-kira jam 11 ​​malam.


Mereka kemudian disertai kumpulan anti-Anwar - juga kira-kira 50 orang - yang diketuai oleh wakil Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail dan beberapa pemimpin dari GPMS.

Mereka pula melaungkan "Liwat Tetap Liwat", dan bertanya bagaimana sperma Anwar dalam dubur Saiful.

Kira-kira 30 anggota polis hadir untuk mengawal dan memisahkan kedua-dua kumpulan itu.Pihak polis mengarahkan kedua-dua kumpulan itu bersurai pada jam 11 malam.

Afif kemudian mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pro-Anwar di atas sokongan mereka.Tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku.




Iklan B (ii)








1 comment:

  1. yg dituduh bukan air mani dalam bontot saifool tapi dituduh DNA dlm lubang neraka itu.

    umnu memang bodoh tk kenal beza air mani dan DNA.

    tnapa bontot saifool, berkubur lah parti hidup melayu liwatfitnah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...