Wednesday, 25 February 2015

Najib Dan Pemimpin Umno Terkancing Gigi Dengar Berita Ini


PAS menegaskan tidak akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan dan tidak percaya parti Melayu itu akan membantu mereka melaksanakan hudud, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Naib presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan bersama Umno ini tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.

‎"Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?‎" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang cadangan berkenaan penggabungan Umno dan PAS kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang cadangan berkenaan penggabungan Umno dan PAS kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti

Menurut Tuan Ibrahim, jika daripada segi pembahagian kerusi Parlimen juga tidak menunjukkan cadangan itu akan menjadi realiti.

"PAS ada 21 kerusi Parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi Parlimen.

"Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Dari sudut ini sahaja, tuduhan PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," katanya.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya bagi membincangan beberapa isu kesejahteraan rakyat Kelantan, sebagaimana dicatat dalam Facebook beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menegaskan tidak akan bergabung dengan Umno pada muktamar lalu.

Katanya dasar gabungan antara PAS dan Umno mesti melalui keputusan muktamar‎ dan tidak datang daripada pandangan peribadi ahli parti.

Beliau turut menafikan alasan penggabungan bagi memberi laluan  Kelantan melaksanakan Hudud kerana sekiranya ia benar Umno sudah melakukan di semua negeri pentadbiran mereka.

Katanya PAS juga tidak harus melupakan sejarah lama Umno yang menolak parti Islam dan cadangan kerajaan campuran wujud ketika pengaruh parti Melayu itu semakin lemah.

"Sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapangan terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisme.

"Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?" katanya.

Beliau berkata, PAS lebih rela  membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam daripada menerima kerjasama Umno yang kononnya bertujuan unt‎uk perpaduan orang Melayu.

"Amalan rasuah, salah guna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

"Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup," katanya.




Addin:

Umno dah faham bahasa?.. PAS tak ingin.. jangan di patuk ular di dalam lubang yang sama..


Iklan B (ii)








13 comments:

  1. PAS tak mau... tapi ahli-ahli PAS yng pro KN kemaruk sangat duk ratib UG UG UG

    ReplyDelete
  2. Pas harus teruskan kerjasama antara parti pkr dan dap. Dengan ini perlaksanaan hukum hudud pasti mendapat sokongan dr 2 parti ini. Tak begitu Tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul... mesti boleh punye

      Delete
    2. Hakikatnya PAS TERPAKSA bergabung dengan DAP dan PR kerana UMNO yang enggan memartabatkan Islam. Tidak begitu Tuan ?

      Delete
  3. itu kena tanya pakar jentik orang dalam Pas.

    ReplyDelete
  4. Yg kemaruk biarkan dia dgn labu-labunya, selebihnya teruskan berjihatd menegakan Daulah Islamiah di bumi Malasia walaupun hingga akhir zaman......................Allah bersama org2 yang benar, tulus dan ikhlas dlm perjuangan............Takbir,,,,,

    ReplyDelete
  5. Yg baik biasa nya banyak tentangan , yg tak betul selalunya dapat banyak sokongan ,fikir fikirkan lah

    ReplyDelete
  6. aku nak tengok apa kata pro ug berkenaan kenyataan Tuan Ibrahin Tuan Man ini

    ReplyDelete
  7. Tak perlulah bersangka buruk sesama Islam..mgkin ini petunjuk supaya Islam bersatu menentang musuh yg makin bersekutu..siang malam kita berdoa mintak petunjuk dari Allah..jadi bila mana sesuatu yg dulu mustahil akan terjadi mula menampakkan bibit kejadian, adakah kita mementingkan diri sendiri dgn menidakkan ia dgn mudah?..atau mgkin kecintaan pada dunia, pangkat dan harta terlalu kuat utk dilepaskan..

    ReplyDelete
  8. Yang utama adalah pembahagian kerusi. Yang lain hanya retorik semata-mata.

    ReplyDelete
  9. Pemimpin PAS ni kita lihat tak habis-habis bermusuh sesame bangsa dan ugama sehinggakan idea untuk bermuhasabah di tolak mentah-mentah atas alasan kebudak-budakan. Padahal mereka tahu bahawa tindaka mereka itu sangat di alu-alukan olih pemimpin Cina DAP (musuh Islam Se Malaysia). Mereka(“Parti islam se Malaysia) masih berjaya juga untuk memecah-belahkan perpaduan orang-orang Melayu Malaysia. Dengan ini pemimpin Melayu PAS terpaksa merayu dengan orang bukan Islam untuk menyokong mereka bagi menjahanamkan pemimpin Melayu yang lain.
    Apa mereka ingat “musuh” (UMNO) mereka itu tak solat ke seperti mereka? Tindakan kebudak-budakan pimpinan PAS kita lihat seperti memutuskan hubungan silaturahim sesama saudara Islam. Nak komen banyak pun tak guna, lagi pun di dalam islam tidak ada istilah “mengajar” yang ada cuma saling ingat-mengingati sahaja. Kalau terlupa eloklah kita lihat dan renung maksud hadis Rasulullah SAW ini.
    Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Muslim)

    Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Bauan syurga dapat dirasai sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah tidak akan merasainya seseorang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat At-Tabrani).

    ReplyDelete
  10. amat kecewa dengan berita sebegitu dari pemimpin sebuah party yg syuk sendiri sombong dan tiada percaturan demi masa depan agama bangsa dan negara.Mungkin itu ulamak akhir zaman yg di sebut dalam al Quran

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...