Saturday, 7 February 2015

Menteri Ini Sudah Hilang Keupayaan Berfikir?


Sudah tiba masanya, Ismail Sabri berundur dan letak jawatan dengan secara terhormat. Ismail Sabri sudah hilang keupayaan berfikir dengan waras. Budak sekolah pun tahu siapa yang berkuasa untuk mengawal harga barangan. Setidak-tidaknya harga barangan kawalan diturunkan terlebih dahulu. Jikalau macam ni pemikiran Ismail Sabri sepatutnya dia berundur..
Ismail Sabri salahkan DAP berhubung kenaikan harga barang
Menteri Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berdepan kontroversi berhubung kenyataan boikot peniaga Cina hari ini menyalahkan DAP kerana kenaikan harga barang, selain menggesa rakyat Malaysia melupakan kenyataannya perkaumannya di Facebook minggu lalu. 
Ismail berkata, pembangkang sering menggunakan isu kenaikan harga barang untuk menyalahkan kerajaan. 
"Apabila harga barang tidak turun, DAP akan menggunakannya untuk manipulasi rakyat," katanya menjawab dakwaan pembangkang Barisan Nasional (BN) patut disalahkan kerana kenaikan kos kehidupan.
Sumber 

Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...