Tuesday, 10 February 2015

Media Antarabangsa Dedah Kekayaan Kroni BN..


Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low, muncul di berita antarabangsa, The New York Times dalam salah satu daripada lima bahagian rencana mengenai kemasukan aliran wang sehingga menyebabkan bidang hartanah di bandar itu melambung naik.

Ini berikutan edisi akhbar 7 Februari lalu yang melaporkan hasil siasatan wartawan sejak setahun lalu berjaya "mencungkil rahsia pemilik lebih 200 syarikat yang mampu membeli kondominium mewah di Time Warner Centre.

Dalam artikel hari ini bertajuk "Well Connected at Home, Young Malaysian Has an Appetite for New York" menggambarkan Low atau nama penuhnya Low Taek Jho mula menjana keuntungan dalam bidang hartanah di Amerika Syarikat sejak 2010.

Laporan penuh rencana itu boleh didapati di sini.

Bab pertama siri itu bertajuk “Stream of Foreign Wealth Stream into Elite New York Estate”, disiarkan semalam dan boleh dibaca di www.nytimes.com.




Iklan B (ii)







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...