Monday, 2 February 2015

Lagi Pendedahan Memeningkan Kepala Dalam Kes Pembunuhan Altantuya


Lagi pendedahan memeningkan kepala dalam kes pembunuhan Altantuya. Mahkamah menjatuhi hukuman mati kepada dua bekas polis elit Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar. Bagaimanapun motif pembunuhan itu masih diperdebatkan.

Mengulas kritikan berhubung motif tidak diketahui itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan kes bunuh meliputi pelbagai aspek.

Ini, katanya, termasuk mengukuhkan sebab di sebalik tindakan itu dan memastikan bukti cukup untuk tujuan pendakwaan.

“Ini akan direkod dalam kertas siasatan yang dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Semasa pendakwaan, pihak pendakwa akan menentukan kembali perkara itu atau keterangan yang mana satu untuk ditambah untuk membuktikan kes itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata prosedur operasi piawai (SOP) sama dilaksanakan dalam siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, ketika itu bawah ketua polis masa itu Tan Sri Musa Hassan.

Dia juga menegaskan bukan tugas polis untuk mempersoal pihak pendakwaan atau mahkamah kerana tidak menyelidik motif semasa pendengaran kes. ~malaysiakini

Addin:

Lagi pendedahan memeningkan kepala dalam kes pembunuhan Altantuya. Mungkin ini pertama kali dalam sejarah penghakiman dalam negara ini, motif pembunuhan tidak diselidiki. Mungkinkah sekiranya motif diselidiki makin ramai VVIP yang akan terlibat? Kepada yang terlibat, kita tunggu pengadilan di padang masyhar kelak..


Iklan B (ii)









2 comments:

  1. Yg terlibat itu sekarang inipun tidak tenteram hatinya, maklumlah kawan pun boleh makan kawan untuk menutup jenayah masing-masing itu. Apa akan jadi pd anak & cucu mereka nanti, semuanya sentiasa menghantui fikiran mereka. Kerisauan pd balasan di Padang Mahsyar pula tidak akan hilang begitu shj, kpd siapa nak minta ampun dan selagi tidak mendapat keampunan mereka pastinya menggalas dosa sepanjang hayat hingga ke alam akhirat.

    ReplyDelete
  2. Salaam. Tiada 'pengusulan' motif olih mahkamah dlm kes pembunuhan Altatunya bolih dibaca sebagai kesinambungan sikap 'apa aku peduli' (aap) yg timbul dan semakin menebal bila berhadapan tingkatan desakan rakyat untuk informasi atau ketelusan yg tinggi. Ketidakpedulian ini juga macam menafikan hak rakyat untuk memahami bahawa penghukuman nampak kewajarannya dan berlaku se'adilnya....
    Kpd Tuan Blogger, setakat gue tahu, balasan Allah s.w.t. tidak semestinya menunggu hari perhimpunan, ianya bolih terlaksana semasa di hidup ini lagi. Wallahua'lam.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...